Teknik Mengambil Untung dari Pelaburan Emas

Post image for Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas

Dulu beli dengan modal RM6,000 dapat beli 10 keping 1 dinar. Sekarang kalau jual semua 10 keping dapat la RM7,300. Ingat nak jual semua untuk ambik untung, tapi kalau nak beli balik nanti, harga dah mahal. Mana untungnya simpan emas?

Ini antara kekeliruan biasa pelabur emas. Kalau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, akan dapat dividen setiap hujung tahun. Tapi melabur dalam emas ni tak tahu bila boleh kaut untung. Nak jual tapi takut harga mahal bila nak beli balik nanti. Puncanya bukan sebab harga emas naik turun, tetapi sebab masih keliru di mana posisi sebenar kita dalam pelaburan emas.

Pendapatan Tunai, Bukan Simpan Emas?

Yang keduanya, sebahagian besar pelabur emas waktu sekarang adalah dari golongan “pelabur”, bukan “penyimpan”. Mereka berminat dapat untung dalam bentuk pendapatan TUNAI macam dividen. Untung tu nanti mereka boleh gunakan. Mereka bukan sangat nak simpan emas.

Sebab tu ada syarikat pelaburan emas yang tawarkan pendapatan ‘hibah’ atau ‘saham emas’ mendapat sambutan hangat oleh pelabur emas walaupun telah disenaraikan oleh Bank Negara sebagai pelaburan tak sah. Orang tetap berdegil nak join dengan 1001 alasan walaupun mungkin ia bakal senasib dengan Swiss Cash. Mungkin, mereka semua bakal berkubur, cuma masa saja menentukannya…

Untuk makluman sahabat semua, sebenarnya dengan pelaburan emas fizikal pun kita boleh dapat untung TUNAI macam tu. Cuma kita perlu tahu teknik asas dan kena fine tune mindset sikit. Yang paling penting, teknik ni sah dan pelaburan kita sangat selamat. Sahabat semua perlu buat ‘trading’ (buy low sell high) at least setahun sekali.

Mindset Mengukur Keuntungan

Pertama, mesti ukur keuntungan dari sudut wang TUNAI, bukan berapa GRAM emas yang anda ada. Jangan peduli berapa gram emas yang kita ada sebab matlamat kita ialah nak dapat EXTRA CASH.

Untung-pelaburan-emas.png

Katakanlah start melabur dengan modal RM60,000. Masa tu boleh beli 100 keping 1 dinar i.e. RM600 sekeping x 100 = RM60,000. Lepas setahun simpan, harga jual balik (PG Buy) dah naik ke RM700 sekeping. Untuk dapat untung, jual kesemua 100 keping syiling 1 dinar tu. Dapat la RM70,000 (RM700 x 100 keping). Sekarang ni, asingkan keuntungan RM10,000 (RM70,000 – RM60,000) daripada modal asal.

Harga Emas Tinggi & Rendah

Ikut pada pemerhatian, berdasarkan 5 tahun harga emas, harga paling rendah untuk sesuatu tahun tu ialah pada awal tahun, sekitar Januari – Februari. Dan harga paling tinggi ialah sekitar September – November. Bulan Disember biasanya harga turun sikit disebabkan ramai pelabur mencairkan pelaburan untuk ambil untung. Ini sekadar pemerhatian umum sahaja. Ia tak semestinya sentiasa betul. Pergerakan sebenar harga emas berdasarkan perkembangan ekonomi semasa terutamanya yang memberi kesan kepada ekonomi US.

Jadi, kalau nak buat untung TUNAI, salah satu tipsnya; beli awal tahun, jual akhir tahun. (Tetapi bagi sesiapa yang baru nak bermula, mulakan belian pertama walaupun hanya sekadar 1 gram supaya kita lebih faham harga tinggi rendah sebab sudah ada benchmark harga tersendiri)

Lepas jual emas tu pada akhir tahun, kira berapa EXTRA CASH yang ada di tangan. Duit modal asal tu simpan dalam Tabung Haji dulu untuk dapat dividen sebelum start balik belian baru.

Trend-harga-emas.jpg

2009 – 2011, harga bergerak menaik dari awal tahun.

trend-harga-emas-2012-2015-768x535.png

Tahun 2012 harga mendatar disebabkan krisis hutang negara-negara Eropah. Tahun 2013 – 2015, harga emas menurun dan teori “beli awal tahun, jual akhir tahun” tidak boleh dipakai. Untuk semak sejarah harga emas dunia, boleh KLIK DI SINI.

trend-harga-emas-2015-2016-ringgit.png

Walaupun harga emas mencecah paras paling rendah untuk tempoh 5 tahun pada 2015, harga emas di Malaysia dalam trend menaik disebabkan kejatuhan nilai ringgit. Siapa beli awal tahun dan jual akhir tahun 2015, mereka dapat menjana keuntungan sekitar 10% – 15%.

Start Beli Semula Awal Tahun

Bila masuk tahun baru, beli balik emas dengan modal asal RM60,000. Katakanlah harga 1 dinar masa tu RM710 (harga PG Sell). Dengan modal RM60,000, kita dapat beli 85 keping 1 Dinar i.e. RM710 x 85 keping = RM60,350. Kena top up sikit RM350.

Untung-pelaburan-emas-belian-semula-edited.png

Di sini ramai orang akan confuse! Emas cuma dapat 85 keping sahaja sedangkan tahun sebelumnya, kita dapat beli 100 keping!… Diingatkan lagi, jangan peduli berapa keping emas yang anda ada sebab anda bukan nak simpan emas. Anda adalah pelabur yang nak dapat untung TUNAI. Jangan sampai jatuh hati dengan emas kalau matlamat anda ialah untung TUNAI… (“,)

Fb-beli-banyak-kali-jual-banyak-kali.png

Salah satu tips penting bila “trading emas”.

Wealth Protection, Bukan Untung Tunai?

Bagi penyimpan emas untuk WEALTH PROTECTION, ianya berbeza. Ia adalah golongan “penyimpan”, bukan sangat “pelabur”. Golongan ini tidak peduli sangat harga emas tinggi rendah. Yang lebih penting, sebahagian harta mereka disimpan dalam bentuk emas, bukan duit kertas yang pasti dimakan inflasi. Mereka tidak fikir pun untuk dapatkan pendapatan macam dividen Tabung Haji dan untuk belanjakan duit untung itu.

Yang penting, itu adalah simpan untuk jangka panjang. Emas-emas itu hanya akan dijual bila; (1) nak digunakan untuk hal kecemasan, atau (2) ditukar kepada aset lain yang turut meningkat dalam jangka panjang seperti membeli hartanah yang boleh disewakan dengan sewaan yang berbaloi.

duit-kertas-anai-anai.jpg

Beli emas untuk lindungi kekayaan, bukan untuk jana untung tunai.

Bila ada duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun, ia akan ditukarkan ke dalam bentuk emas. Bila nak pakai duit, baru akan dijual. Walaupun harga emas tengah meroket, kami tak jual emas-emas kami sebab kami adalah penyimpan emas!

Kiraan kita ialah berapa GRAM emas yang kita ada. Katakanlah tahun lepas kita ada 50 keping dinar emas, tahun ni kita akan pastikan emas kita bertambah menjadi 60 keping atau lebih dengan membelinya secara konsisten… InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Artikel berkaitan