Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak

Untuk dana pendidikan anak-anak, kebanyakkan orang akan buat simpanan dalam insuran (takaful). Tapi bila kita buat kira-kira, kita akan nampak kerugian pada surrender value. Kalau kita batalkan polisi insuran tu separuh jalan, kita rugi sebab sebahagian besar caruman bulanan takaful itu dimakan oleh “wakalah fee”.

Yang kedua, dalam projection yang dibuat oleh kebanyakkan ejen insuran, bila sampai tempoh matang, selalunya nilai simpanan memang cukup kalau dikirakan kos pendidikan HARI INI, tetapi bila kita ambil kira KUASA BELI, ianya mustahil mampu untuk tanggung kos pendidikan untuk 18 TAHUN AKAN DATANG! RM35,000 hari ini tak sama kuasa belinya berbanding 10 tahun akan datang.

Jadi keputusan yang baik ialah tak perlu simpan duit dalam takaful kalau untuk pendidikan anak-anak. Yang penting ialah ambil polisi PROTECTION untuk suami isteri sahaja. Kalau berlaku musibah kepada suami isteri, kita dah ada cover insuran. Bila insuran dah cover suami isteri, insyaAllah anak-anak selamat. Dana SIMPANAN untuk pendidikan, kita tukar kepada Tabung Haji.

Kuasa Beli vs Peningkatan Nombor

Tetapi bila kita dapat tahu bagaimana emas dapat MENGEKALKAN kuasa beli dalam jangka panjang, kita akan berfikir bahawa simpanan Tabung Haji tak mampu kejar NILAI MASA DEPAN sebagaimana emas. Duit yang kita simpan tetap dimakan inflasi setiap tahun. Walaupun lepas ambil kira dividen, rasanya ia masih tak berbaloi. Itu belum kira lagi faktor ketidaktentuan ringgit. Dari sudut nombornya pasti bertambah, tetapi KUASA BELINYA jatuh dari tahun ke tahun.

Kita ambil contoh mudah, seperti zaman 80-an dahulu, budak sekolah bawa duit 50 sen pun dah cukup untuk makan kenyang di sekolah. Sepinggan nasi harganya baru 30 sen. Jadi dengan berbekalkan 50 sen tu, cukup untuk nasi sepinggan, air minuman dan makan sebiji kuih!

Mengekalkan Kuasa Beli Dengan Emas

Tetapi hari ini berbeza. Sepinggan nasi lemak di sekolah, sekurang-kurangnya RM1.50. Secawan air sirap 50 sen, bahkan ada yang jual sampai RM1.00. Jadi kalau dulu bekal 50 sen, hari ini sekurang-kurangnya RM3.00. Barulah padan untuk anak-anak bawa ke sekolah. Maksudnya, kosnya meningkat 5 kali ganda! Dengan kata lain, kuasa beli duit kertas telahpun susut 80% dalam tempoh 30 tahun! Kita memerlukan lebih banyak duit untuk mendapat barang yang sama

Jadi untuk selamatkan NILAI masa depan, simpan emas lebih baik. Seperti yang selalu diceritakan, bagaimana 1 dinar (4.25 gram) mampu beli seekor kambing pada zaman 1,400 tahun yang lalu. Tetapi hari ini, harga 1 dinar sekitar RM750, masih mampu membeli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa beli sejak 1,400!

1-dinar-1-ekor-kambing.png

Perbandingan antara dinar dan kambing adalah contoh bagi memudahkan kita faham bagaimana dikatakan emas mengkekalkan kuasa beli. Zaman Nabi dulu, 1 dinar mampu beli seekor kambing. Lepas 1,400 tahun, ia masih mampu beli seekor kambing.

Simpan Emas Untuk Dana Pendidikan

Kalau kita ambil teori yang sama, maksudnya, cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6,500 setahun, darab 5 tahun pengajian. Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 – RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai 210 – 240 gram emas.

Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 – 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. Dan simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 216 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walauapapun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita. ☺

gold-bar-1-gram-lbma-public-gold-new-born

Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 216 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM37,800 (RM175 x 216 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN.

Cara Terbaik Simpan 1 Gram

Persoalan seterusnya, di mana nak beli emas 1 gram ini?

Untuk makluman sahabat pembaca, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal. Kalau nak dapatkan kepastian, cuba singgah di kedai-kedai emas dan tanya harga “sekeping gold bar 1 gram” (bukan tanya “harga per gram” ya). Pasti harganya sekarang RM200 ke atas walaupun harga per gram emas hanyalah sekitar RM180 sahaja sekarang!

Berdasarkan pemerhatian kami, cara terbaik untuk beli emas “1 gram 1 bulan” buat masa sekarang hanyalah di Public Gold melalui akaun emas Gold Accumulation Program (GAP), atau akaun emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH).

Walaupun ia akaun emas, tetapi kedua-duanya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).

Untuk maklumat lanjut tentang, GAP Public Gold dan perbandingannya dengan KFH, boleh baca DI SINI. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Wallahu a’lam.