RISIKO SEBENAR PELABURAN EMAS FIZIKAL

Apa akan terjadi pada pelabur emas Public Gold (PG) jika syarikat lingkup? Apa akan terjadi kepada pelabur Dinar Kelantan kalau BN ambik alih kerajaan Negeri Kelantan? Pendek kata, apakah risiko pelabur emas fizikal kalau PENGELUAR lingkup?

Itu antara soalan yang biasa orang tanya sebelum membeli emas.

Risiko Syarikat Pengeluar Lingkup?

Jawapan paling mudah ialah apakah risiko pembeli barang kemas kalau pekedai emas tutup kedai? Pastinya TIDAK ADA RISIKO sebab emas itu ada ditangan kita.

 

Pelaburan dalam emas fizikal ini kita tidak perlu risau. Kerana seperti membeli barang kemas di kedai emas sahaja. Kita tidak perlu risau samada kedai pengeluar itu lingkup ataupun maju sebab yang paling penting, kita memegang emas FIZIKAL. Emas ada ditangan kita. Nilai kekayaan kita bukan lagi terletak pada kedai itu, tetapi terletak pada nilai berat dan ketulenan emas itu sendiri. Cuma kalau kedai itu masih wujud dan kukuh, kita akan dapat LEBIH MANFAAT. Mungkin boleh jual semula atau (trade-in) emas itu dengan harga yang lebih tinggi berbanding jual semula di kedai lain.

Lebih Untung Jual Pada Pengeluar

Keduanya, emas ini senang dijual. Kalau syarikat pengeluar lingkup sekalipun, kita boleh menjual di KEDAI EMAS pada bila-bila masa, di mana sahaja seluruh dunia. Cuma, tempat terbaik menjual balik emas ialah tempat di mana kita membeli. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold sebab kita boleh dapat harga yang lebih baik berbanding jual di tempat lain. Jika jual kepada Public Gold, susut nilainya lebih kurang 4% – 8%. Jika jual emas Public Gold di kedai emas, susut nilainya 25%.

Jika membeli barang kemas sama juga, contohnya membeli emas Habib Jewel, sebaiknya dijual di Habib Jewel kerana susut nilainya mungkin sekitar 15%. Jika dijual emas Habib Jewal kepada Poh Kong, susut nilainya mungkin 25%. Tetapi yang penting, emas tetap bernilai. Jika disimpan untuk jangka panjang, kita tidak akan rugi kerana kenaikan harga lebih 15% – 20% setahun itu boleh lepas ‘kos’ susut nilai yang dikenakan oleh pekedai emas.

Risiko Syarikat Tak Mampu Beli Balik?

Soalan bonus, jika SEMUA PELANGGAN jual balik emas kepada Public Gold, mampukah Public Gold atau syarikat pengeluar lain membeli semula kesemua emas itu?

Secara realitinya, jika pelanggan hendak menjual semula emas mereka, dealer yang akan ‘berebut-rebut’ membeli dahulu! Sudahpasti pengedar berebut-rebut membeli kerana mereka dapat membeli pada harga potongan sebanyak 4% – 8% dan menjual semula kepada pelanggang mengikut harga pasaran 100%!

Jika tidak ada duit sekalipun, kami akan tetap membeli dengan cara memajak emas sedia ada untuk dapatkan tunai untuk membeli pada harga potongan daripada pelanggang. Dalam keadaan terdesak, kami akan memanfaatkan jaringan antara pengedar untuk membeli semula emas tersebut.

Maka, pada kami situasi dimana SEMUA PELANGGAN menjual balik emas itu samalah dengan situasi bank di mana semua penyimpan keluarkan semua duit tunai dari bank dan tidak berbaki walaupun satu sen di bank. Ianya sangat MUSTAHIL.

3 Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal

Bagi saya, hanya tiga (3) risiko sebenar pelaburan emas fizikal iaitu:

Risiko 1 – Harga emas turun dalam jangka pendek. Untuk urus risiko ini, pastikan anda membeli emas dengan duit simpanan jangka panjang supaya anda tidak terganggu dengan turun naik harga emas dalam jangka pendek – setahun atau dua tahun.

Risiko 2 – Emas itu hilang, samada lupa simpan di mana, atau ianya dicuri. Untuk risiko ini, emas hendaklah disimpan dengan cara yang selamat.

Risiko 3 – Ditipu semasa urusniaga jual beli emas. Ini risiko yang ramai orang terkena, terutamanya orang baru. Untuk mengelakkan risiko ini, adalah disyorkan untuk berurusan terus dengan syarikat bereputasi seperti Public Gold tanpa menyerahkan duit kepada pengedar. Bayar sendiri dan ambil emas itu sendiri di pejabat Public Gold terdekat. Anda cuma perlu berurusan dengan pengedar untuk dapatkan nasihat dan bimbingan sahaja. Selain daripada itu, anda juga kena tahu 5 tips elakkan penipuan jual beli emas.

Selain daripada tiga (3) risiko itu, secara hakikatnya, pelaburan emas fizikal sebenarnya tidak mempunyai risiko.