Polisi Penghantaran, Pemulangan dan Penukaran

Polisi Penghantaran

  1. Pembelian emas dari kawasan sekitar Jitra dan Alor Setar boleh dilakukan secara COD (cash on delivery). COD di kawasan Jitra adalah percuma manakala sekitar Alor Setar dikenakan caj RM5. Caj berlainan akan dikenakan bergantung kepada lokasi sekiranya pelanggan ingin COD diluar kawasan Jitra/Alor Setar. Kami menggalakkan pelanggan datang sendiri di kedai cawangan Jitra/Mergong untuk mengambil barang yang dibeli.
  2. Pembelian dari kawasan selain Alor Setar dan Jitra haruslah dihantar melalui khidmat pos.
  3. Pihak kami akan memberikan maklumat penghantaran melalui aplikasi whatsapp sebaik sahaja pesanan pelanggan diproses.
  4. Penghantaran akan dilakukan melalui khidmat Poslaju Malaysia. Mengikut standard perkhidmatan yang ditawarkan pihak Poslaju, pesanan yang kami kirimkan akan sampai kepada pelanggan dalam tempoh 1-3 hari bekerja dari tarikh pengiriman. Bagi kes sekiranya penghantaran tertunda disebabkan cuti dan sebagainya, pelanggan akan dimaklumkan tarikh penghantaran sebelum pesanan diproses oleh pihak kami. Walaubagaimanapun, ketibaan pesanan bergantung sepenuhnya kepada pihak Poslaju Malaysia. Pelanggan boleh menyemak status penghantaran di laman sesawang Track & Trace Poslaju seperti yang berikut : https://www.poslaju.com.my/track-trace-v2/ .
  5. Jika berlaku sebarang kelewatan dalam proses penghantaran, pihak kami tidak akan menanggung sebarang kerugian kos, kerosakan, cas-cas lain atau sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan pelanggan berpunca daripada kelewatan itu. Jika pelanggan atau wakil pelanggan  tidak dapat menerima kiriman oleh Poslaju, pihak Poslaju akan meninggalkan notis untuk pungutan di pejabat pungutan yang akan dimaklumkan kepada pelanggan  di dalam notis.
  6. Pelanggan harus sedia maklum bahawa penghantaran ini adalah risiko yang harus ditanggung oleh pihak pelanggan sendiri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan semasa kiriman dihantar oleh pihak Poslaju kepada anda.

 

Polisi Pemulangan

  1. Kami hanya menerima pemulangan sekiranya terdapat kerosakan semasa penerimaan pada item yang dibeli.
  2. Sekiranya item tersebut rosak/patah/putus semasa penerimaan atas sebab kesilapan pihak kami, pelanggan boleh memulangkan item tersebut kepada kami untuk dibaiki dan kami akan membaiki item tersebut secara percuma. Kos penghantaran semula item tersebut juga akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami.
  3. Pemulangan mestilah dalam tempoh 3 hari dari tempoh penerimaan.
  4. Sekiranya pelanggan inginkan pemulangan wang, pelanggan perlu menghantar kembali item tersebut kepada kami sebelum kami dapat membuat pemulangan wang. Wang akan dikembalikan setelah kami menerima item tersebut.
  5. Item yang dipulangkan haruslah sama seperti apa yang dihantar oleh pihak kami.

 

Polisi Penukaran

  1. Item yang sudah dibeli tidak boleh ditukarkan kepada item yang lain. Pelanggan perlu trade-in item tersebut sekiranya ingin menukar item.
  2. Kos penghantaran semula item tersebut kepada kami dan penghantaran kembali kepada pelanggan haruslah ditanggung oleh pelanggan sendiri.