Harga Emas Jatuh, Apa Nak Buat?

Post image for Harga Emas Jatuh, Apa Nak Buat?

Harga emas turun lebih kurang 10% dalam masa 2, 3 hari ni. 1 Dinar sekarang sekitar RM760. Harga tertinggi pernah cecah sebelum ni ialah RM833. Bagi orang yang belum faham pasal emas, dia jadi panik, tapi bagi orang yang tahu perangai emas, dia mesti tersenyum lebar… Inilah waktu dia bershopping sakan tambahkan lagi simpanan emas, dan inilah peluang menambah keuntungan bagi siapa yang ada ilmu!

Bagi orang yang tahu, bila harga emas jatuh 10%, dia mungkin berpeluang dapat keuntungan 10% dengan mudah! InsyaAllah…

Bila harga jatuh, kita untung atau rugi? Bagi sahabat yang simpan 100 gram emas, cuba cek balik, emas yang anda simpan itu berkurangan berapa gram masa harga emas jatuh? Jawapannya, tidak berkurangan walaupun 1 gram.

Harga Jatuh, Rugi atau Rezeki?

Jadi, adakah anda rugi bila harga emas jatuh? Pastinya tidak… Macam itu juga bagi sesiapa invest dalam hartanah. Kalau nilai hartanah jatuh, kita bukan betul-betul rugi. Rugi cuma atas kertas, tapi realitinya kita masih untung! Bahkan bila harga turun, kita lebih seronok sebab berpeluang tambah lagi harta dengan lebih banyak.

Ia berbeza dengan invest dalam saham atau paper asset yang lain. Kalau sahabat invest dalam saham, bila harga saham jatuh, apa yang anda ada? Yang ada cuma kertas dan nombor saja. Nilai saham susut dan unit-unit saham yang anda ada tak memberi apa-apa makna sebab ianya cuma ‘janji’ kekayaan yang tertulis atas kertas. Ia bukan harta sebenar (tangible asset) macam rumah, tanah, emas, perak dsb, betul tak?

Jadi, bagi sesiapa yang simpan ‘tangible asset’, dia tidak perlu risau walaupun harganya jatuh mendadak. Ianya cuma andaian yang anda telahpun rugi, tapi pada hakikatnya, anda tak rugi pun. Harta itu masih wujud dan ianya real wujud depan mata kita.

Long-term ‘Confirm’ Untung

10-dinar-emas-public-gold-225x300.jpgSatu perkara penting yang kena ingat, iaitu emas pada hakikatnya adalah duit. Duit sebenar dalam sejarah manusia ialah emas dan perak sebab ia penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Sebelum 1971, setiap duit kertas yang nak dicetak akan disandarkan kepada emas dan perak. Duit kertas hanyalah VOUCHER mewakili emas dan perak.

Tapi sejak 1971, US putuskan hubungan antara emas dan duit kertas yang menyebabkan duit kertas yang kita gunakan hari ini ialah duit yang tiada nilai sebenar. Duit yang digunakan oleh negara-negara dunia hari ini adalah terbitan US Dollar. Sheikh Imran Husein sebut, ia dicipta “out of nothing” dan sentiasa dimanipulasi oleh US. Lepas berpuluh tahun kita gunakan duit kertas (yang dahulunya hanyalah VOUCHER), sekarang dunia lupa tentang emas sebagai duit yang sebenar. Negara-negara dunia simpan US Dollar sebagai rizab terbesar negara sedangkan US adalah penyimpan emas terbesar dunia! (Nampak tak siapa yang lebih cerdik?)

Duit kertas yang kita gunakan hari ni nilainya terletak pada jaminan dan kestabilan sesebuah kerajaan, sedangkan emas dan perak nilainya terletak pada BERAT dan KETULENANnya sendiri. Ia tak boleh dimanipulasi. Kalau apa-apa berlaku kepada dunia, pemilik emaslah yang paling selamat. Itulah hakikat emas yang sebenar.

Jadi bila harga emas jatuh, bukankah ianya rezeki untuk tambah lagi simpanan emas?! Macam mana caranya?

Harga Jatuh, Apa Nak Buat?

Bila harga jatuh, ada 4 strategi yang boleh buat untuk jana keuntungan iaitu:

Strategi #1: Beli lagi emas pada harga rendah kalau masih ada extra cash

Harga rendah macam ini biasanya tidak akan lama. Paling lama  pun 3 – 6 bulan lagi dia akan naik balik kepada harga sebelum kejatuhan. Bila harga naik ke paras normal, jangan tunggu lama-lama. Terus jual emas yang baru beli tu! Jangan tamak untuk dapat untung lebih besar. Orang tamak selalu melepas… (“,)

Kalau anda dealer emas (melabur sambil berniaga emas), ini masanya untuk tambah stok banyak-banyak. Pilih item yang paling banyak permintaannya macam coin 1 dinar. Bila harga naik sikit pun, anda dah boleh jual direct kepada customer. Anda untung (1) komisyen belian, dan (2) kenaikan harga emas yang anda jual terus kepada customer TANPA SPREAD!

Strategi #2: Pajak emas sedia ada di Ar-Rahnu dan beli lagi emas dengan duit pajakan

Untuk strategi yang lebih selamat, simpan sebahagian duit pinjaman tu untuk bayar upah simpan 6 bulan akan datang. In case harga emas tak naik balik dalam masa 6 bulan, guna duit tu untuk bayar upah simpan dan sambung lagi pajakkan sampai harga emas naik balik ke puncak tertinggi sebelum kejatuhan. Bila harga naik ke paras normal, jangan tunggu lama-lama. Terus jual emas yang beli dengan duit ar-rahnu tu, dan tebus balik emas yang anda pajak tu.

Strategi ini boleh digunakan sebab walaupun harga emas jatuh, harga emas di Ar-Rahnu (dan kedai emas) akan kekal tinggi untuk beberapa ketika. Jadi, kita boleh pajak dengan harga mahal, dapat duit cash yang banyak, dan tambah lagi simpanan emas dengan banyak. Untuk faham strategi ni, boleh ikuti panduan yang  disediakan dalam artikel “5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat“.

Strategi #3: Tingkatkan promosi membeli emas harga rendah

Strategi ni untuk pelabur yang jadi dealer emas sahaja. Bila harga emas rendah, bagi tahu pada kawan-kawan untuk ambil peluang beli emas pada harga rendah. War-warkan melalui facebook, sms, atau wassap. Disamping bantu kawan-kawan, anda dapat komisyen atas jualan emas. Bila harga emas jatuh mendadak, ramai orang ambil peluang borong emas banyak-banyak, dan komisyen pun juga melambung tinggi, alhamdulillah.

Strategi #4: Trading jual beli emas

Strategi ini perlu untuk recover loss dan jana keuntungan bagi yang beli pada harga mahal, dan harga emas nampak susah naik balik ke paras belian dulu. Untuk strategi ini, kena belajar ilmu trading emas; belajar baca graf emas, cara cari timing untuk membeli dan menjual, dan strategi memaksimumkan keuntungan. Kami syorkan hadir kelas Analisis Teknikal Harga Emas sebagaimana dianjurkan boleh En. Shufaad (www.shufaad.com).

mike maloney book gold silverStrategi ini boleh dilakukan atas keyakinan harga emas akan pergi jauh lagi dalam jangka panjang. Sebabnya, ada faktor besar yang masih belum settle dan belum nampak jalan keluarnya dalam masa terdekat iaitu krisis hutang US dan Eropah, krisis dagangan, penyusutan nilai dolar, perang matawang dsb. Bahkan, Mike Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver” menjangkakan semua petanda yang ada hari ini menunjukkan bakal berlakunya keruntuhan sistem matawang yang menyebabkan duit kertas sama tarafnya dengan tisu tandas!

Wallahu a’lam.

 

Nota Penting:

  • Sebelum Oktober 2013, teknik ini hanya terbaik untuk sesiapa yang ada barang kemas pelaburan seperti i-series Public Gold sebab mulai Mei 2011, banyak Ar-Rahnu dah tak terima gold bar dan syiling emas. Antara yang masih terima ialah Ar-Rahn Kelantan. Tapi kosnya agak tinggi. Tapi sejak Oktober 2013, banyak ar-rahnu mula terima semula pajakan emas Public Gold seperti Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia.
  • Kos pajak ialah 1.15% sebulan, atau 13.85% setahun. Ini berdasarkan upah simpan RM0.75 setiap nilai marhun RM100, dan margin of financing 65%. Kalau pajak emas RM10,000, dapat duit cash RM6,500.
  • Ar-Rahnu terbaik setakat ni ialah Ar-Rahnu Bank Rakyat. Kos pajakkan termurah, dan harga emasnya tinggi berbanding ar-rahnu lain.
  • Sepanjang tempoh pajakan, kita tidak perlu bayar apa-apa. Yang penting, bila nak habis tempoh, kita kena bayar duit pinjaman + upah simpan.
  • Kalau harga emas tidak naik lepas tempoh 6 bulan, jangan tebus lagi. Tapi, sambung saja pajak sampai harga emas naik balik dan dapat untung. Kalau nak sambung pajak, tak payah bayar duit pinjaman. Hanya bayar upah simpan 6 bulan dan perbaharui surat pajak.
  • Untuk faham lebih lanjut tentang teknik manipulasi Ar-Rahnu, disyorkan sahabat semua baca juga artikel Syukor Hashim bertajuk “Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu“.

Cara Pantas Fahami Pelaburan Emas: