Emas Sebagai Alternatif Bawa Wang Ke Luar Negara

Post image for Emas Alternatif Bawa Wang Ke Luar NegaraPegawai Jabatan Kastam (1300 888 500) telah sahkan bahawa TIADA HAD membawa emas ke luar negara. Kalau nak bawa duit Ringgit Malaysia ke luar negara, hadnya bersamaan USD10,000 sahaja. Kalau lebih, kena isytihar dan dapatkan kebenaran bertulis Bank Negara Malaysia (BNM). Tetapi kalau bawa emas, TIADA HAD!

Pegawai itu turut berkata bahawa tiada masalah jika ingin membawa keluar dua (2) kilogram emas (yang nilai dalam RM300k). Katanya lagi, undang-undang kastam cuma menghadkan bawa duit tunai Ringgit Malaysia sahaja. Jadi lepas ini, salah satu alternatif selain bawa duit untuk ke luar negara ialah membawa emas.

Emas Sebagai Wang Antarabangsa

Tuan Syarif Jamil, yang juga dealer Public Gold pernah ada pengalaman membawa emas gold bar 1 gram keluaran Public Gold dan jual di luar negara. Harga jualan yang beliau dapat lebih tinggi daripada jual di Malaysia!

Maksudnya, emas boleh dijadikan “INTERNATIONAL MONEY” (dan sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beratus tahun emas dijadikan sebagai wang antarabangsa). Ia alternatif baik selain membawa wang tunai, bahkan mungkin boleh JIMAT kos tukar duit Malaysia kepada matawang asing, apatah lagi ada khabar mengatakan ringgit Malaysia tidak diterima di beberapa negara disebabkan nilainya terus jatuh sekarang.

Cuma mungkin ada sesetengah negara yang kita nak tuju itu meletakkan had membawa masuk emas ke dalam negara mereka dan dikenakan cukai. Perkara itu kena semak terlebih dahulu sebelum masuk ke sesebuah negara. Tetapi kami percaya, setakat bawa sikit-sikit untuk simpanan peribadi (contohnya bawah 100 gram) tak ada masalah kerana pernah ada dealer emas yang membawa masuk emas ke Singapura, tetapi bila ditahan kastam, dia cuma bagi tahu itu simpanan peribadi beliau sahaja.

public-gold-gold-bar-lmbaSelain dijadikan simpanan, emas juga boleh dijadikan ‘bekal’ ke luar negara.

shahruddin-jual-emas-public-gold-di-london-luar-negara

Tuan Shahruddin berkongsi pengalaman beliau jual emas Public Gold di London. Emas itu diterima tanpa perlu buka seal. Boleh baca catatan pengalaman di posting Facebook beliau DI SINI.

Emas Berdiri Dengan Sendiri

Perkara paling penting yang kita perlu tahu tentang emas, emas ialah aset yang di terima di mana-mana sahaja seluruh dunia. Kita boleh beli emas dari sesebuah negara, dan jualnya semula di mana-mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa. Ia bukan seperti duit kertas atau aset pelaburan yang lain yang mana matawang dunia seperti US Dollar sendiri pun tak diterima di banyakkan tempat. Tetapi berbeza dengan emas.

Nilai emas berdiri dengan sendirinya, dan tak perlu jaminan dari mana-mana pihak. Asalkan ia emas, dan asalkan ianya tulen, kita tak perlu risau kalau nak jualnya semula sebab nilai emas itu ‘dijamin’ oleh berat dan ketulenannya sendiri.

Wallahu a’lam.