
Gambar diatas menunjukkan gambar mesin layan diri emas yang pertama di dunia yang terletak di sebuah hotel mewah iaitu di Abu Dhabi telah dilancarkan pada Mei 2010. Mesin ini dilancarkan oleh syarikat TG Gold-Super-Markt yang berpangkalan di Jerman. Mesin layan diri ini sendiri disaluti dengan emas 24 karat.
Mesin layan diri emas ini dipasang di kubah Hotel Emirates Palace di mana pelanggan boleh membeli wafer emas seberat 1 gram hingga 250 gram. Komputer dalam mesin memastikan bahawa harga semasa dikemas kini sejajar dengan kedai dalam talian di Gold-Super-Markt.de. Semua wafer emas yang dijual adalah bergred 24 karat dan setiap item dilengkapi dengan jaminan pulangan wang.
( Sumber : http://stories-etc.com/gold-vending.htm )
Nak tahu macam mana mesin ini beroperasi? Jom tengok video dibawah ni…