TAHUKAH ANDA APA ITU “AUROFOBIA”?

Dalam dunia ini ada banyak penyakit fobia seperti takut kepada air (akuafobia), takut kepada ketinggian (akrofobia), takut kepada labah-labah (araknofobia), takut terbang (aerofobia) dan bermacam lagi jenis ketakutan. Semua ini jenis-jenis fobia yang biasa kita dengar. Namun pernahkah anda mendengar tentang AUROFOBIA?

Apa itu Aurofobia?

Aurofobia adalah ketakutan terhadap emas. Orang yang mempunyai ketakutan ini mungkin tidak menyukai emas kerana rupanya atau kerana apa yang mewakilinya, seperti kuasa atau kematian. “Auro” berasal dari perkataan Latin yang beerti emas, dan fobia adalah bahasa Yunani yang beerti takut.

AUROFOBIA.jpg

Apakah sebabnya?

Adalah diyakini bahawa fobia ini timbul daripada gabungan peristiwa (iaitu kejadian traumatik) dan kecenderungan dalaman (iaitu keturunan atau genetik).

Apakah tanda-tanda?

Seperti fobia yang lain, gejalanya adalah berbeza-beza bagi setiap individu, bergantung kepada tahap ketakutan mereka. Gejala yang biasanya berlaku apabila si pemilik fobia ini bertemu atau mendengar tentang emas adalah kebimbangan melampau, ketakutan dan apa-apa yang berkaitan dengan panik seperti sesak nafas, pernafasan yang cepat, degupan jantung yang tidak teratur, berpeluh berlebihan, loya, mulut kering, ketidakupayaan untuk mengucapkan perkataan atau ayat, dan gementar.

Bolehkah saya mengambil ubat?

Perubatan boleh diambil, tetapi harus diingatkan bahawa ubat-ubatan ini mungkin memberi kesan sampingan dan boleh menyebabkan fobia menjadi lebih teruk. Ubat-ubatan ini juga sebenarnya tidak menyembuhkan fobia, sebaliknya hanya bertindak sebagai pengawal untuk mengurangkan tanda-tanda fobia tersebut. Walau bagaimanapun, individu yang menghidap fobi boleh mendapatkan rawatan untuk fobia, seperti kaunseling, hipnoterapi, psikoterapi, dan pengaturcaraan Neuro-Linguistik.

Ada diantara anda atau rakan-rakan anda yang takutkan emas atau bersungguh tak mahu pegang atau pakai emas? Kadang-kadang kita tengok ada orang beria-ia cakap tak suka pakai emas, tak mahu simpan emas dan macam-macam lagilah alasan untuk elakkan diri dari emas kan..

Haaa…! Ada penyakit Aurofobia lah tu!

APA ITU LBMA?

Kadang-kadang kita dengar peniaga emas sebut “emas ni ada LBMA”, ” emas ni tiada LBMA” sewaktu kita nak jual atau beli emas kan. Tapi apa apa sebenarnya “LBMA” tu? LBMA ialah singkatan dari London Bullion Market Association yang merupakan organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia. Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan pada “Harga spot” pasaran profesional.

LBMA ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh ‘Bank of England’ dengan keahlian sehingga kini sekitar 145 syarikat dari 21 buah negara seluruh dunia dari pelbagai sektor antaranya pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang. Antara syarikat yang di akreditasikan oleh LBMA adalah syarikat pengeluar emas dan perak terbesar Turki dan merupakan satu-satunya syarikat pengeluar emas di Turki yang tersenarai LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri, NMR.

Image result for nadir tutuncu
Nadir Tütüncü presiden NMR.

Nadir Metal Rafinari, NMR adalah pengeluar emas dan perak terbesar di Turki. Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery bernama Nadir Tütüncü yang merupakan billionair dan usahawan Islam tersohor di Turki. Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti. Nadir Metal Refinery merupakan syarikat pertama Turki yang disenaraikan sebagai ahli LBMA – London Bullion Market Association iaitu pada Disember 2011 untuk emas dan Jun 2012 untuk perak. Syarikat NMR juga di senaraikan oleh Istanbul Gold Exchange (Borsa Istanbul) pada januari 2008 dan Dubai Stock Exchange (DMCC) pada oktober 2009.

photo_2018-07-02_13-48-23
Emas dan Perak NMR yang ada dijual di kedai Emas Mahsuri.

Antara produk yang dikenali ramai di Malaysia yang mempunyai iktiraf LBMA ialah  produk keluaran Public Gold.

photo_2018-07-02_13-48-25
Ema Public Gold yang mempunyai LBMA.

Pengiktirafan emas LBMA adalah satu kemudahan dan kepercayaan peniaga/pembeli emas bagi menerima pajakan atau gadaian jongkong emas tanpa melalui pengujian ketulenan emas iaitu tanpa membuka sampul atau seal emas. Bawa sahaja jongkong emas LBMA ke mana-mana negara untuk terus memajak/menjual emas dengan mudah.

PINGAT EMAS SUKAN OLIMPIK

Tahukah anda berapa banyak kandungan emas di dalam pingat emas sukan Olimpik?

london+olympic+medals+generic
Pingat emas sukan Olimpik tahun 2012. (Sumber gambar : NBC Miami)

Pada awal permulaan Sukan Olimpik, hanya kalungan zaitun diberikan kepada pemenang pertama sebagai tanda kemulian. Pada Sukan Olimpik Musim Panas tahun 1896, pemenang tempat pertama menerima pingat perak dan pemenang tempat kedua menerima pingat gangsa. Pada tahun 1900, kebanyakan pemenang menerima cawan atau trofi dan bukannya pingat.

Pingat emas mula dianugerahkan kepada pemenang pada tiga Sukan Olimpik berikutnya (1904, 1908, 1912). Pingat ini merupakan pingat yang 100% diperbuat dari emas yang asli. Namun penggunaan emas mula merosot dengan cepat selepas tercetusnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kali terakhir pingat emas asli digunakan sebagai anugerah kepada pemenang pertama dalam Sukan Olimpik ialah pada tahun 1912 di Stockholm, Sweden.

Sejak itu hingga sekarang, pingat emas Sukan Olimpik diperbuat dengan menggunakan hanya 1.34% logam emas sebagai saduran, manakala selebihnya ialah logam perak.

(Sumber : Wikipedia dan JOE )

TAHUKAH ANDA BERAPA BERAT JONGKONG EMAS PALING BESAR DIDUNIA?

Sebelum ini #EmasMahsuri ada menceritakan tentang syiling emas terbesar didunia. Kali ini mari kita bercerita tentang jongkong emas paling besar didunia pula.

This slideshow requires JavaScript.

Gambar diatas merupakan gambar jongkong emas paling besar didunia. Tahukah anda berapa berat jongkong emas ini?

Ianya dikeluarkan oleh syarikat Mitsubishi Materials Corporation pada tahun 2005 dan dipamerkan di Muzium Emas Toi di Shizuoka, Jepun. Dengan panjangnya 45.5cm, kelebaran 22.5cm dan ketinggian 17cm, ianya mempunyai berat sebanyak 250 kilogram. YA, 250 KILOGRAM! Jongkong emas ini mempunyai nilai sebanyak 400 juta yen, iaitu bersamaan 3,684,000 dolar Amerika pada masa itu. Anggaran nilainya pada tahun 2014 pula ialah sebanyak 10.33 juta dolar Amerika.

Cuba anda bayangkan berapa pula nilainya sekarang?

TAHUKAH ANDA SAIZ SYILING EMAS PALING BESAR DIDUNIA?

Bila sebut perkataan “syiling emas”, mesti ramai terbayang ianya bersaiz kecil dan boleh disimpan didalam poket. Namun tahukah anda terdapat syiling emas yang sangat besar seberat 1 tan dan pastinya ia tidak boleh disimpan didalam poket dengan mudah!

Inilah syiling emas “1 Tonne Gold Kangaroo Coin” yang dikeluarkan oleh Perth Mint.

biggest

Syiling ini bersaiz hampir 80cm diameter dan mempunyai ketebalan sebanyak 12cm. Syiling ini dihasilkan oleh Dr Stuart Devlin AO CMG, iaitu tukang emas dan perhiasan kepada Permaisuri Elizabeth II pada tahun 2012. Lihat cara-cara pembuatan syiling emas ini dalam video dibawah :

Untuk maklumat lanjut mengenai syiling ini, lihat laman sesawang 1tonnegoldcoin.com atau youtube.com/user/perthmintbullion.