Kenapa Pakar Lebih Suka Silver Berbanding Emas?

Post image for Kenapa Pakar Lebih Suka Silver Berbanding Emas?

Kalau belum beli pun dah siap-siap tanya “bila boleh jual?”, awal-awal lagi saya katakan, silver (logam perak) tak sesuai untuk orang yang macam tu. Dia lebih baik beli emas dulu sebelum silver. Tetapi dari sudut potensi kenaikan harga, saya percaya potensi keuntungan atas kenaikan harga silver akan jauh memintas emas dalam tempoh 5 – 10 tahun nanti.

Ramai pakar precious metal (logam berharga) lebih suka simpan silver (logam perak) berbanding emas. Silver dianggap “gold in future” (emas masa hadapan). Kalau dikatakan potensi peratusan kenaikan harga silver akan pergi lebih jauh berbanding emas, saya percaya, ia sangat munasabah atas dua faktor yang menunjukkan harga silver sangat undervalue sekarang:

#1 – Graf “Gold Silver Ratio”

Graf “Gold Silver Ratio” (nisbah emas kepada perak) sekarang ni menunjukkan 1 : 75. Ini bermaksud 1 kilogram emas mampu membeli 75 kilogram silver atau dengan kata lain, setiap 75 kilogram silver nilainya dapat ditukarkan kepada 1 kilogram emas.

Graf 1 tahun nisbah harga silver berbanding emas. “Last close : 75.89” pada bahagian paling atas sebelah kanan tu bermaksud nisbah sekarang sekitar 1 emas : 75 silver.

Graf 20 tahun nisbah harga silver berbanding emas. “Low : 30.48” bermaksud nisbah terendah dalam tempoh 20 tahun ialah 1 emas : 30 silver. Ketika tu, harga silver di paras tertinggi dalam sejarah!

Sejarah 20 tahun menunjukkan, harga termahal silver ialah pada tahun 2011 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 30, dan termurah pada tahun 2008 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 88. Lagi besar ratio itu menunjukkan harga silver lebih under-value (murah).

Dan ratio 1 : 70 sehingga 1 : 80 hanya berlaku 4 kali dalam tempoh 20 tahun! Ini bermakna, siapa beli silver sekarang; apabila ratio itu berubah menjadi 1 : 30 kembali, setiap 70 kilogram silver yang dibeli, ia dapat ditukarkan kepada 2 kilo emas berbanding sekarang yang cuma 1 kilo sahaja.

Seolah-olah kalau 1 kilo emas yang kita ada hari ini ditukar kepada 70 kilo silver sekarang, nanti dapat dapat tukarkan semula kepada 2 kilo emas bila gold silver ratio kembali 1 : 30 atau lebih rendah daripada itu!

Dari 1 kilo bertambah lagi 1 kilo = 2 kilo emas!

Buy 1, free 1!

#2 – Zakat Emas vs Zakat Silver

Nisab zakat silver ialah 595 gram berbanding emas 85 gram.

Maka daripada itu kita faham, nisbah (ratio) emas kepada silver dari sudut nisab zakat ialah 1 : 7. Satu gram emas nilainya bersamaan 7 gram silver. Maksudnya kalau harga emas 1 gram hari ini ialah RM190/gram, maka harga silver sepatutnya sekitar RM27/gram (RM190 ÷ 7). Tetapi realitinya, harga silver hari ini baru sekitar RM2.82/gram! Kalau mengikut kiraan ni, harga silver sekarang lebih murah 10 kali ganda berbanding harganya yang sebenar.

Jadi apa yang berlaku terhadap zakat emas berbanding perak sekarang?

Siapa simpan silver 595 gram hari ini yang harganya sekitar RM1,700 +/- sudah dikenakan zakat. Sedangkan siapa simpan emas seberat 85 gram yang harganya sekitar RM16,000 +/- barulah dikenakan zakat.

Jadi saya percaya, harga sebenar 595 gram silver sepatutnya RM16,000 (iaitu bersamaan harga 85 gram emas). Ini bermaksud, harga silver sekarang UNDERVALUE sekitar 90% berbanding nilainya yang sebenar!

Atas dua faktor ini sahaja saya rasa sudah cukup untuk membenarkan kata-kata pakar yang menganggap silver adalah “gold in future”.

Silver bar 250 gram keluaran Public Gold. Ini silver LBMA yang bebas GST di Malaysia.

Kesilapan Beli Silver Luar Negara

Kalau nak beli silver di Malaysia, tak ada platform lain yang saya boleh syorkan selain Public Gold. Masa harga silver tengah mencanak naik sekitar tahun 2011 dulu, ramai yang import silver dari luar negara masuk ke Malaysia. Masa tu, mereka boleh jual silver pada harga lebih murah dari Public Gold.

Hari ni, hanya pembeli silver Public Gold sahaja yang boleh tersenyum kalau nak jual silver mereka sebab Public Gold jamin beli balik silver keluarannya sendiri pada harga tinggi.

Bagi pembeli silver jenama lain, majoritinya terpaksa ‘menangis’… Kedai emas tak terima. Pembekal asal hilang entah ke mana. Nak dapat harga bagus, kena cari pembeli dari kalangan collector silver individu. Itu pun susah sebab bakal pembeli boleh main harga sebab mereka tahu seller sedang terdesak. Lagi teruk, nak gadai pun tak boleh…

Public Gold “The Best Silver Trading Platform”

Silver jenama Public Gold, senang dibeli, senang dijual dan harga Public Gold beli balik pun agak tinggi disebabkan kadar spreadnya rendah berbanding silver jenama lain. Public Gold bukan sekadar jual silver, tetapi Public Gold menyediakan PLATFORM jual beli yang trusted (boleh dipercayaai). SENANG BELI, SENANG JUAL. Ia platform pelaburan silver terbaik di Malaysia. Sejak 2008 sampai sekarang, saya boleh katakan tak ada platform lain di Malaysia boleh tandingi Public Gold dari aspek ini!

Silver bar LBMA 250 gram keluaran Public Gold. Harga semasa boleh semak di www.publicgold.com.my . Harga disemak setiap 20 minit mengikut harga silver dunia.

Silver bar LBMA 500 gram keluaran Public Gold

Silver bar LBMA 1 kilogram keluaran Public Gold

public-gold-pelaburan-silver-bar-5-kilogram.jpg

Silver bar LBMA 5 kilogram keluaran Public Gold

Bagaimana nak beli silver Public Gold?

#1 – Beli Terus Di Cawangan

Terus pergi ke mana-mana cawangan Public Gold, beli item yang ready stock. Ia bergantung apa stok silver yang cawangan tu ada masa tu. Bayar dan terus bawa balik. Masa beli, pastikan beritahu nama saya “Mohd Zukifli Shafie, kod PG002369” sebagai Introducer bagi sesiapa yang nak jadi pembeli silver (atau emas) di bawah bimbingan saya.

Selepas beli, wassap kepada saya +6019 336 8009 untuk saya tunjukkan NEXT STEP menjadi pelabur emas dan silver yang pandai.

#2 – Order Secara Online

Register dulu sebagai ‘ahli’ di website secara percuma. Kemudian terus buat order dan bayaran secara online, serta emailkan slip bayaran kepada Public Gold. Ikut sahaja arahan step-by-step di website dan email yang Public Gold hantar.

Kemudian contact cawangan Public Gold terdekat, minta mereka reserve stok. Bila stok baru sampai dari HQ dalam tempoh 1 – 2 minggu, minta mereka call untuk datang ambil. Ingat ambil nama staff yang angkat telefon tu supaya senang nak follow-up.

Masa nak datang collect silver tu nanti, pastikan bawa SLIP BAYARAN ORIGINAL untuk diserahkan kepada Public Gold.

#3 – Akaun Silver SAP

Silver Accumulation Program (SAP) sama macam Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita simpan kumpul silver serendah RM100 setiap kali belian, dan boleh keluarkan silver fizikal bila jumlah mininum cukup 250 gram. Boleh pilih mana-mana item silver bar samada 250 gram, 500 gram, 1 kilogram atau 5 kilogram, asalkan cukup baki dalam Akaun Silver SAP tu.

Harga silver Public Gold melalui pembelian Akaun Silver SAP. Harga disemak setiap jam 12.00 malam setiap hari.

Apa yang penting, pembelian melalui Akaun Silver SAP ni disahkan patuh syariah oleh penasihat Shariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn Bhd yang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Kaedah belian, sama macam panduan beli Akaun Emas GAP, tetapi masa beli tu tulis “Beli Silver SAP”. Nanti staff yang proses pembelian tu akan faham.

Mudah-mudahan artikel ni dapat membantu bagi yang nak belajar tentang pelaburan silver yang selamat di Malaysia. InsyaAllah.

Sebarang persoalan tentang silver, boleh tinggalkan comments di bawah, atau whatsapp saya +011-2141 2131 kalau urgent.

KENALI DIRHAM.

Sejarah penggunaan perak sebagai alat pertukaran telah berkembang jauh sebelum fasa kegemilangan Islam lagi. Para peneliti sejarah menemukan fakta bahawa perak sebagai alat tukar sudah mula digunakan sejak zaman Nabi Yusuf AS lagi. Hal ini terbukti di dalam Al-Quran, surah Yusuf ayat ke-20 yang menyebut kata-kata yang mempunyai erti “beberapa keping perak”.

Dirham, dirhem atau “Dirhm” merupakan nama yang berasal dari matawang Yunani iaitu drachma yang bermaksud syiling perak. Pada zaman Saiyidina Umar RA, beliau telah menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar (iaitu syiling emas) mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat emas seberat 4.25 gram manakala satu dirham ialah seberat 2.975 gram.

Penggunaan matawang dirham ini sebagai matawang rasmi mulai tersebar sejak kegemilangan tamadun Islam pada zaman khalifah namun ketika dunia dilanda era kolonialisme Barat, penggunaan dirham ini mula digantikan dengan wang kertas.

Silver_Dirham.png
Dirham perak zaman akhir Khalifah Umayyah, dicetak di Balkh pada tahun Hijrah 111 ( 729/730 Masihi).

Jika dibandingkan nilai perak dan wang kertas, nilai perak itu kekal dari dahulu hingga sekarang, tidak seperti wang kertas yang sering dikaitkan dengan inflasi. Seandainya wang kertas itu tidak lagi diiktiraf sebagai bernilai, maka wang kertas itu tinggal sebagai kertas semata-mata. Tidak seperti perak yang mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri. Maka dengan itu, adalah penting bagi kita untuk menyimpan harta dalam bentuk emas mahupun perak, agar kita dapat sentiasa maju dan berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain didunia.

photo_2018-07-18_12-04-33.jpg
10 Dirham yang dijual di kedai Emas Mahsuri.