CARI GURU PELABURAN, BUKAN PENJUAL

Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu kita tentang emas itu yang boleh mengkayakan kita. Kekadang ada bakal pembeli emas ‘gertak’ untuk minta itu ini dari kami sebagai pra-syarat untuk dia membeli emas dan berdaftar di bawah Emas Mahsuri, seolah-olah kami terlalu terdesak hingga sanggup gadaikan prinsip dalam berniaga. Dia tidak tahu, lebih ramai yang menyesal sebab tidak dapat introducer yang betul. Ia bukan soal komisyen yang introducer (seperti saya) dapat, tapi yang lebih penting, mereka perlukan GURU yang boleh bagi panduan yang betul tentang pelaburan emas. Emas tidak ada apa-apa makna tanpa ilmu.

Ada orang membeli masa harga mahal sebelum ini, tetapi dia sentiasa gembira samada harga naik atau turun. Ada orang beli emas, harga emas turun seringgit dua (per gram) pun dah berkeluh kesah. Bila harga emas naik 2, 3 ringgit, datang pula rasa menyesal sebab tidak membeli masa harga rendah. Jadi mereka sentiasa dihantui perasaan keluh kesah dan menyesal tidak kira harga emas naik atau turun. Semuanya kerana ilmu. Dia tidak faham apa yang dia buat. Yang dia tahu, dia cuma ada emas! Dia fikir, emas itu yang membuatkan dia kaya, sedangkan ILMU itu lebih mahal daripada emas itu sendiri.

Antara Ejen Salesman dan Guru

Untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun, kita perlukan ilmu. Tanpa ilmu, itulah risiko sebenar melibatkan diri dalam mana-mana pelaburan.Untuk dapatkan ilmu yang betul, tentunya kena dapatkan daripada guru yang betul. Bagi kami, satu kerugian besar kalau beli emas Public Gold tanpa introducer yang boleh kita jadikan guru. Pengalaman kami, RAMAI introducer (dealer emas) yang cuma sekadar salesman. Mereka akan LEPAS TANGAN bila pembeli emas dah berdaftar bawah mereka sebab mereka tahu, suka tidak suka, pembeli emas itu tetap berada di bawah mereka sampai mati (sebab syarat Public Gold tidak boleh tukar introducer)! Sekali berdaftar bawah mereka, “bye-bye”…

Masa tu baru kita boleh kenal wajah sebenar mereka. Mesej tidak lagi berbalas, call tidak lagi berjawab, email tidak lagi ber-reply, bahkan yang tinggalkan bisnes Public Gold pun ramai. Pembeli emas terkontang-kanting mencari panduan dan terpaksa cari dealer macam saya untuk dijadikan “ayah angkat” bila-bila terdesak untuk dapatkan rujukan. Kami terpaksa layan setakat yang boleh, tapi keutamaan kami semestinya kepada pembeli-pembeli emas di bawah kami sebab mereka semua “anak kandung” kami sendiri.

wassap tukar introducerblog comments tukar introducerMesej-mesej begini yang sering saya terima menunjukkan betapa pentingnya introducer yang betul untuk berjaya.

Ejen Yang Mengkayakan Kita

Pesan Robert Kiyosaki, ejen atau “broker” boleh membuatkan kita kaya, tapi “broker” juga boleh membuatkan kita jadi “broke” (pokai)! Jadi Kiyosaki nasihatkan, jangan melabur melalui ejen sembarangan. Bila nak melabur, carilah ejen yang boleh kita jadikan GURU. Walaupun mungkin mereka bukanlah top ejen (top salesman!), yang penting mereka fokus upgrade ilmu mereka, amanah dan bertanggungjawab dalam memberikan nasihat. Bukan ejen yang jadikan kita sebagai “anak buangan” lepas mereka dapat duit (komisyen) dari kita.

Robert Kiyosaki ada berikan beberapa tips memilih ejen dalam bukunya. Beberapa kriteria ejen yang boleh kita dapatkan ilmu daripadanya, antaranya;

1. Melabur dalam produk yang mereka jual

Kalau mereka jual emas, mereka juga adalah penyimpan dan pelabur emas tegar. Bukan sekadar berdaftar RM1,000 sebagai ejen, tapi mereka sendiri tidak menyimpan emas! Mereka hanyalah salesman emas. Ejen begitu, kita hanya dapat beli emas, tapi kita tidak dapat ILMU. Mereka tidak faham perspektif kita sebagai pelabur dan mereka tidak dapat berikan nasihat yang betul tentang pelaburan.

2. Fokus apa yang mereka buat

Kalau mereka jual emas, mereka hanya jual emas sebagai pelaburan. Kalau emas mereka jual, unit trust pun jual, insuran pun mereka jual, bah semua benda mereka jual, ejen begitu sebenarnya tidak fokus dengan apa yang mereka buat. Mereka tidak betul-betul “pakar”. Mereka tidak mampu jadi guru. Samada ejen itu part-time atau full-time, itu bukan persoalannya. Yang penting, mereka mesti fokus dan komited dengan apa yang mereka buat.

3. Bina hubungan jangka panjang

Mustahil untuk faham sesuatu ilmu secara one-off. Kalau baca buku pun, biasanya bila baca kali ke-2 dan ke-3, kita akan dapat kefahaman berbeza atas ilmu yang sama. Lagi diulang bacaan, lagi faham. Jadi nak melabur, cari ejen yang boleh wujudkan hubungan jangka panjang. Bila kita ada apa-apa persoalan, mereka boleh guide kita dari semasa ke semasa. Bukan ejen yang cuma berhubung untuk satu urusniaga sahaja.

4. Amanah dan bertanggungjawab

Pengalaman kami, orang yang paling pakar dalam apa-apa instrumen kewangan ialah ejen. Bukan kakitangan syarikat pelaburan atau pensyarah universiti yang ada Phd sekalipun. Ejen bukan sahaja tahu selok belok produk kewangan yang mereka jual, tapi mereka faham kehendak / keperluan kita sebagai customer.

Kalau nak belajar tentang takaful, carilah ejen takaful. Kalau nak belajar unit trust, carilah ejen unit trust. Kalau nak belajar hartanah, carilah ejen hartanah. Kalau nak belajar tentang emas, carilah ejen yang menjual emas. Merekalah orang yang paling pakar untuk berikan nasihat kepada kita. Cumanya, bukan senang nak cari ejen yang boleh beri nasihat demi kepentingan poket kita. Kebanyakkannya mementingkan poket mereka sendiri berbanding kepentingan kita.

Jadi bila terima nasihat dari ejen, jangan terus telan bulat-bulat. Fikir dulu baik-baik. Pesan Warrent Buffet (pelabur terhandal di dunia), katanya; “never ask a barber if you need a haircut”… Jangan tanya tukang gunting samada kita perlu gunting rambut atau tidak. Semestinya nasihat tukang gunting akan ‘bias’ sebab memang dia cari makan dengan menggunting rambut! (“,)

Wallahu a’lam.