CARA SIMPAN EMAS DENGAN SELAMAT

Post image for Cara Simpan Emas Dengan Selamat

Perkara pertama yang sahabat perlu tahu, Ar-Rahnu bukanlah tempat simpan emas. Ia tempat untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Jadi, menyimpan emas di Ar-Rahnu sangat merugikan kalau tidak tahu manfaatkan duit pinjaman itu untuk menggandakan keuntungan.

Keduanya, simpan emas ini senang sahaja, cuma bagi orang baru dia rasa takut sebab dia rasa nilainya tinggi. Padahal, simpan kereta, simpan handphone, simpan laptop dan barang berharga lain itu lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Emas saiznya kecil jer. Senang disorokkan. Bagi saya, risiko hilang kereta lagi besar daripada hilang emas. Kita rasa risau simpan emas sebab ‘mindset’ kita sahaja. Kalau dah lama-lama nanti, rasa biasa sahaja, insyaAllah… Jadi, sebagai panduan asas, ini 6 tips penting untuk pastikan emas itu disimpan dengan selamat:

1. Jangan Bagi Tahu Sesiapa

Ini paling penting. Kalau beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami. Tidak perlu tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada. Duduk diam-diam kecuali anda memang berniaga emas.

Untuk makluman sahabat, kami tidak pernah bagi tahu pada jiran-jiran yang saya adalah dealer emas dan kami memang tidak cerita pada sesiapa di kawasan kediaman kecuali sahabat rapat yang follow blog kami. Itu sahaja. Bukan tiada niat untuk mempromosi, tetapi sebab faktor keselamatan. Nanti orang lain fikir rumah saya penuh emas, padahal habuk pun tak ada…

2. Simpan Di Rumah, Syaratnya…

peti simpanan pelaburan emasSyiling 1 dinar saiznya lagi kecil dari duit 10 sen. Jadi, nak simpan 1 dinar sebenarnya lagi senang dari simpan duit dan barang berharga lain. Tempat paling selamat simpan emas kat rumah ialah tempat yang orang biasanya tidak terfikir. Mungkin dalam soket dinding, pam tandas, tin biskut, peti ais, dalam lampu, belakang jam, bawah almari, dalam pasir akuarium, dalam pasu, dalam tanah belakang rumah dsb. Asalkan jangan simpan dalam almari ataupun belakang oven dah lah sebab itu biasanya akan jadi sasaran perompak.

Nasihat saya, kalau simpan di rumah, simpan di beberapa tempat. Contohnya, anda ada 30 keping coin 1 dinar. Mungkin boleh pecahkan kepada 3 tempat. Setiap tempat simpan 10 keping. Ini penting untuk meminimumkan kerugian kalau rumah anda kena pecah masuk. Kes ini memang benar-benar berlaku kepada seorang pelanggang kami dan kerugian dia dapat diminimumkan, alhamdulillah…

Dan yang juga penting, khaskan hanya beberapa tempat untuk simpan emas. Jangan bertukar-tukar tempat, dan jangan letak di terlalu banyak tempat sebab beberapa kes yang kami jumpa, emas itu hilang sebab TERLUPA simpan di mana! Kita suka simpan ditempat orang lain tidak terfikir, kononnya nak selamat, hinggakan kita sendiri tidak terfikir di mana kita simpan emas-emas tu!

3. Simpan Di Pejabat, Tapi…

Ramai orang tidak perasan, pejabat mungkin boleh dijadikan tempat percuma dan agak selamat untuk simpan barang berharga. Tapi ia hanya sesuai kalau pejabat yang ada;

  1. Sistem kawalan keselamatan yang ketat. Nak masuk kena register di pos kawalan, bilik pun cuma “authorised personnel” sahaja yang boleh masuk, ada CCTV, dan laci workstation anda pun boleh dikunci.
  2. Kawan-kawan sepejabat yang boleh dipercayai dan amanah.

Cuma yang perlu ambik perhatian ialah cleaner yang keluar masuk bersihkan office. Itu sahaja.

4. Beli Safe Deposit Box Dan Simpan Di Rumahpeti simpan emas

Ini kosnya agak tinggi dan tidaklah selamat sangat especially kalau masa kita ada kat rumah. Kalau perompak masuk rumah, itulah yang pertama dia nak bukak.

Safe deposit box di rumah ini lebih kepada simpan daripada anak-anak ataupun pembantu rumah sahaja. Bagi orang biasa, cara ini agak mahal dan kurang praktikal.

5. Sewa Safe Deposit Box Di Bank Atau Syarikat Swasta

Bagi kami, simpan di Safe Deposit Box berbayar paling selamat dan paling nyenyak tidur malam. Kosnya pun murah. Paling murah sekitar RM100 untuk box paling kecik – boleh muat emas bernilai lebih RM100,000. Kami simpan kesemua emas saya di sana.

Persoalannya, berapa banyak emas yang berbaloi untuk sewa safe deposit box? Jawapannya terpulang. Kalau anda simpan emas di rumah dalam jumlah yang boleh mengganggu tidur malam yang lena, dan tidak selesa tinggalkan rumah untuk balik kampung, lebih baik sewa safe box sahaja. Keluarkan duit sikit tak apa, asalkan kita peace of mind.

royal safe deposit box sunway

Tempat saya simpan emas – Royal Safe Deposit Box, Sunway.

Di Bank atau Syarikat Swasta?

Untuk orang kebanyakkan, kami syorkan sewa di bank sebab kosnya paling murah. Kekurangannya ialah cover insurannya cuma RM10,000 sahaja. Kalau nak cover lebih, kena runding dengan bank untuk naikkan cover insuran. Keduanya, waktu dia tertakluk waktu bank (pejabat) sahaja.

Sebagai dealer emas yang banyak urusan keluar masuk emas, kami lebih suka syarikat swasta sebab (1) cover insurannya tinggi, (2) waktunya lebih fleksible – 9.00 pagi hingga 11.00 mlm setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. Tapi ia bergantung syarikat swasta yang anda pilih. Kami sewa di Royal Safe Deposit Box, betul-betul bawah office Public Gold Sunway.

6. Tinggalkan Pesanan Kepada Waris!

Emas ada aset tunai yang tiada dalam sistem kewangan. Tidak siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada dan di mana emas-emas itu kita simpan. Hatta bank dan kerajaan pun tidak tahu. Ia berbeza dengan aset-aset kewangan yang lain macam akaun simpanan, unit trust, saham dsb. Semua data-data itu kerajaan boleh trace melalui institusi-institusi kewangan. Kalau kita mati, maka tidak siapa tahu di mana-mana kita simpan emas itu kalau kita tidak pesan kepada ahli waris.

Jadi tips paling penting, bagi tahu kepada pasangan anda (atau ahli waris yang amanah) di mana anda simpan emas-emas itu. Takut terlupa ataupun anda ‘pergi’ dulu. Ada satu kes benar-benar berlaku kepada salah seorang pembeli emas Public Gold. Dia membeli emas nilainya hampir RM2 juta. Tapi bila dia meninggal dunia akibat serangan jantung, isteri dan anak-anaknya tidak tahu dia simpan emas tu di mana! Emas-emas si mati tidak dapat diwariskan oleh keluarga!

Jalan Terakhir…

Dan satu kes lagi, isteri simpan emas bernilai RM70,000 dalam air-cond tanpa bagi tahu suaminya. Masa air-cond rosak, suaminya panggil technician dan technician tu angkut air-cond tu ke kedai dia. Dan emas itu lesap macam tu sahaja. Jadi pastikan pesan kepada pasangan atau ahli waris.

Itulah 6 tips penting cara simpan emas dengan selamat. Kalau sahabat belum nampak tips ni sebagai penyelesai, mungkin boleh pertimbangkan beli emas Public Gold dan simpan terus dengan Public Gold secara percuma melalui Akaun Emas GAP! Dapatkan maklumat lanjut tentang pembelian emas kaedah Gold Accumulation Program (GAP).

Wallahu a’lam.