CARA MULAKAN PELABURAN EMAS MODAL KECIL

[Kemaskini 13 Jun 2017] Tidak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM250 sebulan sekalipun sudah boleh mula menyimpan emas. Bagi kami, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila sudah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tidak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.

Sebelum melabur, kami memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. Tetapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, boleh mula beli dulu dengan bajet kecil, antaranya syiling 1 dinar atau gold bar 1 gram. Lepas itu baru fokus cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.

Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

1. Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold sediakan alternatif terbaru penyimpanan emas yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM250. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. Kaedah belian Akaun Emas GAP ini mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram.

Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas itu dan simpan sendiri. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyimpan sendiri (sebab takut hilang), emas itu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma!

(—–>> Untuk faham lebih lanjut tentang pembelian secara GAP, boleh baca artikel Emas Mahsuri ″Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold″)

gold bar 1 gram public gold lbmaGold bar 1 gram keluaran Public Gold. Boleh dikeluarkan dari akaun GAP.

2. Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 – RM250 sekarang ni. Buat masa ini yang famous di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran Power Gold dan kedai-kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewal atau Wah Chan.

Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, kami tidak menggalakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal dan susut nilainya tinggi. Kalau ingin mejual balik emas itu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’ ataupun sekadar untuk koleksi, dan tidak fikir langsung untuk jual, itu ok.

gold bar 1 gram power goldGold bar 1 gram yang diedarkan oleh syarikat Power Gold.

gold bar 1 gram poh kongGold bar 1 gram keluaran Poh Kong

Apa yang perlu sahabat pembaca tahu, harga per gram untuk item “gold bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar. Maksudnya, HARGA PER GRAM untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.

Cuma berdasarkan pemerhatian kami setakat ini, satu-satunya cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP seperti point 1 kami di atas.

3. Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam sekitar RM800 – RM850, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” -> harganya lebih mahal.

1 dinar lbmaSyiling 1 dinar keluaran Public Gold, berketulenan 99.99%, berat 4.25 gram.

Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tetapi berdasarkan pemerhatian saya, coin 1 dinar Public Gold yang terbaik (buat masa ini) disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 9% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Dan paling penting juga, kita jimat daripada membayar caj GST 6% (disebabkan ia emas yang diiktiraf peringkat antarabangsa – London Bullion Market Association). Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.

(—–>> Untuk pembelian 1 dinar tersebut, boleh daftar secara PERCUMA di website Public Gold dan order secara online. Emas itu nanti boleh di ambil di cawangan Public Gold terdekat″)

Selain daripada faktor itu, ada 7 lagi kelebihan kenapa kami syorkan Public Gold kalau sahabat pembaca nak melabur emas di Malaysia. Jangan percaya cakap kami sebab kami adalah ejen Public Gold, cuma apa yang boleh kami katakan, siapa yang nak buat pelaburan emas fizikal di Malaysia tetapi dia tidak tahu tentang kelebihan Public Gold, itu sudah satu kerugian besar!

Wallahu a’lam.

Mudah-mudahan dengan tips ringkas ini, sahabat pembaca boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas, InsyaAllah…