CARA MUDAH MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD (SECARA ATAS TALIAN)

Post image for Cara Mudah Beli Emas Public Gold (Online)

[Artikel ini dikemaskini pada 27 Jun 2017] Beli emas Public Gold semudah beli tiket “Air Asia” kata seorang customer kami. Walaupun tidak jumpa dealer sekalipun, anda boleh place order sendiri secara online (dibuka 24 jam sehari), selesaikan bayaran dan collect emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan di pejabat Public Gold terdekat.

Tapi kalau mahu berurusan lebih mudah, hubungi kedai Emas Mahsuri di talian (+6 016 – 2173494) atau mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya. Bagi segala maklumat yang diperlukan iaitu (a) nama penuh, (b) no. i/c, (c) no. telefon, (d) email, dan (e) item yang nak dibeli dan (f) tinggal / kerja area mana untuk kenalpasti cawangan Public Gold terdekat dengan anda. Nanti selesaikan bayaran ke terus akaun Public Gold dan ambil emas terus dari pejabat Public Gold terdekat.

Kalau tidak dapat contact dealer untuk lock harga masa harga emas tengah ‘cantik’, follow steps di bawah ni. Tapi kalau pernah berdaftar dengan Public Gold (i.e. pernah beli atau jual terus di office Public Gold), ikut steps dalam artikel “Cara Login Website Public Gold“.

4 Langkah Membeli Emas Public Gold

Langkah 1 : Register di Website Public Gold
Langkah 2 : Lock Harga (Place Order)
Langkah 3 : Buat Bayaran
Langkah 4 : Ambil Emas

(PENTING : Panduan ini hanya untuk pembelian kaedah biasa i.e. non-GAP. Untuk pembelian secara akaun emas GAP, sila ikut terus panduan DI SINI).

Langkah 1 : Register di Website Public Gold

 

cara beli emas public gold 2017 01Skrin 1: Pergi ke web www.publicgold.com.my, dan klik “Login”.

cara beli emas public gold 2017 02Skrin 2: Klik butang “Register”.

cara beli emas public gold 2017 03Skrin 3: Masukkan maklumat peribadi dan klik “Submit”. Letakkan maklumat dealer sebagai Introducer anda. Ini penting sebab dealer tu nanti akan bantu anda follow-up dengan Public Gold bila diperlukan. Kalau nak kami jadi introducer anda dan mendapat bimbingan peribadi kami, pastikan letakkan kod “PG00181617“, dan tekan “Check Introducer”. Pastikan keluar nama “Mohd Afiq bin Ahmad“. Peringatan penting, “Introducer” tak boleh ditukarkalau dah register nanti. Jadi, lebih baik anda kenal pasti betul-betul dealer mana yang boleh membimbing anda dengan betul dan penuh bertanggungjawab sebelum letak nama Introducer.

cara beli emas public gold 2017 01Skrin #4: Sekarang ni proses “Registration” dan selesai. Buka balik website www.publicgold.com.my dan klik “Login”.

Langkah 2 : Lock Harga (Place Order)

 

cara beli emas public gold 2017 04Skrin 5: Masukkan “Temporary Username” dan “Password” sebagaimana email yang diterima daripada Public Gold. Lepas buat belian pertama nanti, Public Gold akan emailkan username baru yang dipanggil “PG Code”, dan “Temporary Username” tak lagi valid.

cara beli emas public gold 2017 05Skrin 6: Klik “Order”, dan “Purchase Order”.

cara beli emas public gold 2017 06Skrin 7: Klik “Add to cart” untuk item yang mahu dibeli.

cara beli emas public gold 2017 07Skrin 8: Klik “CART” selepas selesai pilih semua item yang mahu dibeli.

cara beli emas public gold 2017 08Skrin 9: Semak segala maklumat. Pastikan betul. Kemudian klik “Proceed to Next Page”.

cara beli emas public gold 2017 09Skrin 10: Pastikan semua maklumat betul sebab kalau berlaku kesilapan, proses pembetulan dengan pihak Public Gold mungkin agak menyulitkan. Kalau nak ubah maklumat, klik “Back pada bahagian atas sekali. Kalau semua dah ok, baru klik “Confirm & Proceed to Payment”.

Langkah 3 : Buat Bayaran

 

Langkah 3.1: Tunggu Proforma Invoice (PI)

Lepas klik “Confirm & Proceed to Payment” di Skrin #10, sistem web Public Gold akan emailkan Proforma Invoice (PI) on-the-spot. Kalau tak terima, cuba semak dalam SPAMBOX. Anda dah boleh buat bayaran terus berdasarkan Proforma Invoice sebagaimana contoh di bawah. Kalau berlaku kesilapan dalam Proforma Invoice tu, bagi tahu dealer untuk minta Public Gold buat pembetulan.

proforma invoice public goldContoh Proforma Invoice: Maklumat terpenting ialah No. Order dan PG Code (no. pendaftaran kita dengan PG) untuk rujukan.

Langkah 3.2: Buat Bayaran & Simpan Slip Bayaran

Buat bayaran ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa selewatnya 4 hariSimpan bank-in slip/ online transfer slip / bukti bayaran ORIGINAL baik-baik untuk diserahkan masa ambil emas tu nanti. Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.

cara beli emas public gold - 12Contoh Slip Bayaran Online: Saya prefer buat pembayaran melalui Maybank2u (limit harian boleh dinaikkan sehingga RM30,000 sehari), ataupun bank-in di kaunter kalau amaun melebihi RM30,000.

Peringatan penting, JANGAN buat bayaran melalui Cash Deposit Machine!Ia sangat berisiko sebab kalau tiba-tiba Cash Deposit Machine (1) error masa anda sedang masukkan duit, atapun (2) tak dapat keluarkan resit, anda tak ada bukti yang anda telahpun buat bayaran!… (“,)

Langkah 3.3: Hantar / Emailkan Slip Bayaran

Emailkan bukti bayaran kepada payment@publicgold.com.my bersama dengan No. Order dan PG Code anda untuk mereka sahkan bayaran. Kalau bayaran tak diterima dalam tempoh yang ditetapkan (10 hari), Public Gold akan batalkan order dan kenakan penalti 5% ataupun nama di blacklist.

Langkah 4 : Ambil Emas

 

Lepas bayar dan emailkan slip bayaran, terus telefon office Public Gold terdekat, tanya mereka bila stok itu boleh diambil. Kalau stok belum ready, minta mereka telefon semula bila stok dari HQ dah sampai. Jangan lupa, ambil nama staff Public Gold tu supaya senang nak follow-up nanti.

Emas tu boleh diambil pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan. Lepas tempoh 2 bulan, Public Gold akan kenakan caj simpanan 1% setahun.

Bila nak datang ambil, jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Proforma Invoice. Sebelum datang, call dulu office Public Gold supaya mereka boleh proses awal-awal. Tak perlu menunggu lama-lama di office Public Gold untuk ambil emas tu.

cara beli emas public gold - 13Penting: Call dulu sebelum datang sebab kadang-kadang orang ramai dan stok tak dapat ambik lagi.

Anda boleh cek no. telefon terkini semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia di website Public Gold (www.publicgold.com.my), bahagian “Where To Buy“. Dan kalau ada apa sahaja masalah, boleh mintak bantuan Introducer (Dealer) anda. InsyaAllah, dia akan bantu.