6 Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold

Jika ada bajet yang mencukupi, dan alang-alang beli emas, jadilah terus dealer Public Gold sebab dealer boleh jana keuntungan dalam semua urusniaga dan semua keadaan harga emas samada harga naik atau turun. Beli emas untuk diri sendiri untung, jual emas sendiri pun untung. Harga emas naik untung, harga emas turun mendadak lagi untung. Syaratnya, jadi dealer dan manfaatkan betul-betul posisi sebagai dealer emas Public Gold.

Ini 6 keuntungan paling utama sebagai dealer emas Public Gold:

#1 – Rebat Belian Emas Sendiri

Untuk jadi dealer, kita kena buat belian minimum RM30,000 dalam satu belian (satu Invoice). Setiap belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebat 1%. Kalau buat belian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat rebat RM100. Dah la harga emas Public Gold murah sekitar 15% berbanding kedai emas, kita jimat lagi rebat 1%. Tahap rebat ni boleh meningkat kepada 1.5% dan 2,0% mengikut tahap dealership masing-masing.

komisyen-dealer-public-gold.pngRebat belian dan jual balik dealer Public Gold

#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri

Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.

#3 – Komisyen Introduce Pembeli

Kalau yakin betapa untungnya simpan emas, dan yakin emas Public Gold ni emas simpanan terbaik di Malaysia, jangan ‘selfish’, tapi ceritalah kepada orang lain. Kesian orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold. Lagi rugi besar kalau mereka terbeli barang kemasJadi ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold. Manfaatkan Facebook dan whatsapp tu. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen berbentuk royalti 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing. Setiap kali orang tu beli, setiap kali itulah Public Gold bayar royalti, hatta kalau kita mati pun, waris kita dapat nikmati pendapatan royalti tersebut. Royalti begini yang dijanjikan oleh Public Gold sebenarnya jauh lebih baik daripada royalti yang diterima oleh seorang penulis buku!

Kalau sebulan ada orang beli RM60,000 hasil celoteh kita pasal emas di Facebook, maksudnya Public Gold bayar RM600. Ok la tu, modal ilmu dan ‘air liur’ jer. Kita cuma consult dan tolong orderkan sahaja. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Dengan duit RM600 tu, tambah lagi beberapa gram emas sebagai simpanan! Tambah simpanan setiap sebulan secara PERCUMA. (“,)

Berita paling menarik, komisyen ini akan terus dibayar oleh Public Gold sampai bila-bila selagi orang yang kita introduce itu membeli emas Public Gold. Ia boleh dijadikan sumber passive income yang bagus.

#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan

Kalau kita dah introduce ramai pembeli, insyaAllah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak spread / susut nilai 5.0% – 8.0%.

spread-susut-nilai-emas-public-gold-2017-724x1024.jpgKadar spread emas Public Gold mengikut jenis item.

harga-emas-gold-bar-public-gold-26-okt-2018.PNG

“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan kadar spread dari harga “PG Sell”.

Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.

Jika kita berpeluang tambah simpanan emas hanya dengan beli daripada customer pada harga diskaun “PG Buy” sahaja, ia seolah-olah beli emas tanpa spread! Harga emas naik 5%, maksudnya kita terus untung 5%! Kalau kita beli RM10,000, nak dapat untung RM500 tu sekejap sahaja, insyaAllah. Bukankah itu lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB?

#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual

Bila orang jual emas kepada kita pada harga diskaun “PG Buy”, simpanan emas kita akan sampai satu tahap ‘berlebihan’. Kita perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. Jadi stok berlebihan itu jual sahaja bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 6% – 9%! Kalau beli RM10,000, untung RM600 – RM900 tu sekejap sahaja, insyaAllah. Bukankah itu lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB?

#6 – Komisyen Overriding “Dealer”

Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian RM30,000 dan automatik jadi dealer. Dari pengalaman kami, memang ramai yang ada duit sebanyak tu. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer. Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja emas tu.

dinar-gold-bar-24k-lbma.jpg

Beli mana-mana emas Public Gold bernilai RM30,000 dalam satu belian (satu Invoice), automatik jadi dealer. Untuk tengok foto-foto emas keluaran Public Gold, KLIK DI SINI.

Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai introducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Sebagai Master Dealer (level 2%), Public Gold akan bayar 1% kepada kita atas belian Normal Dealer (level 1%), dan 0.5% atas belian Priority Dealer (level 1.5%). Dan komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga sampai mati, atau dealer dan customer itu mati dulu.

Dan berita lebih baik, pendapatan dari Public Gold ini pula boleh diwariskan kepada isteri atau anak-anak jika kita meninggal dunia! Itu janji Public Gold.

Potensi Bebas Kewangan Dengan Emas?

Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” kalau ada lebih 1,000 customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Kalau setiap orang hanya beli 1 gram 1 bulan sebagai forgotten saving, berdasarkan pengalaman saya, passive income yang akan kita nikmati tak kurang RM4,000 sebulan! InsyaAllah.

Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, insyaAllah.

Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:

  • Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
  • Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
  • Peluang beli emas dengan harga diskaun 6% – 9% (susut nilai).
  • Untung berganda bila bantu orang lain membeli emas (komisyen jualan).
  • Untung simpan emas bila harga emas naik.
  • Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
  • Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
  • Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.

Wallahu a’lam.