5 TIPS ELAK PENIPUAN JUAL BELI EMAS

Dalam keghairahan melabur emas, sebenarnya terlalu banyak kes penipuan dalam urusan jual beli emas, especially urusniaga melalui facebook! Itulah pemerhatian pihak kami selama setahun lebih terlibat dengan jual beli emas. Sebab itu kami tidak mengesyorkan orang baru terlibat dengan emas buat belian pertama melalui facebook.

Kelebihan membeli emas melalui facebook (secondary market) ialah mungkin kita dapat harga lebih murah daripada harga pasaran (primary market) sebab kebanyakkan penjual adalah penjual individu, bukan dealer. Tetapi silap hari bulan, duit kita boleh lebur! Mengharapkan untung secupak, tapi akhirnya terpaksa rugi segantang…

Selain daripada penipuan, kekurangan membeli emas melalui facebook ialah anda melabur tanpa BIMBINGAN yang betul, di mana kami nampak, dealer yang berpengalaman sahaja yang boleh bagi bimbingan yang betul. Tanpa bimbingan yang betul, duit yang anda nak labur boleh jadi lebur! Pihak kami juga memang dapat banyak email, sms, panggilan telefon mintak bimbingan pelaburan emas. Dan ramai juga yang contact pihak kami yang telahpun ‘tersilap’ dalam melabur!

Kesilapan Melabur Tanpa Bimbingan
Antara kesilapan yang biasa orang buat ialah:

Beli emas dalam ketulan yang besar, dan emas tu susah dicairkan kelak.
Beli gold bar dan dinar jenama yang tak diterima oleh kebanyakkan ar-rahnu sedangkan mereka nak pajak emas tersebut untuk ‘rolling’ duit.
Beli emas atas dasar ini company “orang kita” semata-mata.
Beli emas yang kondisinya tak elok (calar, kemek), tiada sijil, resit dan sealnya dah dibuka.
Dan beberapa lagi kesilapan yang saya biasa jumpa. Boleh baca dalam artikel “10 Kesilapan Pelabur Emas!”.
Untuk elakkan sahabat semua kena tipu masa membeli emas, saya bagi 5 tips penting:

Tips 1 – Semak Kredibiliti Penjual
Semak profile penjual sebagaimana tips yang kami kongsikan dalam artikel “4 Cara Semak Kredibiliti Dealer Sebelum Urusniaga”. Antaranya, cek berapa ramai Facebook Friends-nya, aktif ataupun tak dalam Facebook, guna nama & foto sebenar ataupun samaran. Kalau tiba-tiba muncul dalam Facebook dan nak menjual, itu kena hati-hati. Kalau anda tak aktif berfacebook, semestinya anda tidak kenal siapa orang baru, siapa ‘orang lama’ dalam Facebook. Jadi, baik jangan berurusniaga melalui Facebook kalau macam tu.

Tips 2 – Urusniaga Cara COD Sahaja
Elakkan membeli secara pos kalau tak kenal kredibiliti penjual. Sebaik-baiknya, gunakan kaedah Cash on Delivery (COD). Dia hulur emas, anda hulur duit! Kami memang tak berani beli emas cara pos ni melainkan kami betul-betul kenal penjual tu secara peribadi. Kalau nak cara pos juga, kena bersedia untuk rugi kalau penjual tu tak pos emas yang dijanjikan.

Mungkin penjual itu tidak menipu, tetapi mana tahu setelah anda bank-in duit, penjual itu terlibat dalam kemalangan dan tidak siapa tahu kita berurusniaga dengan beliau!?

Sebagai dealer yang sedikit berpengalaman, bila customer transfer duit ke akaun kami, kami akan asingkan emas itu dan letak catatan dalam plastik seal emas tu. Kami akan tulis nama pembeli, no. contact pembeli, dah bayar atau belum, tarikh urusniaga dsb. Setiap urusniaga melalui email, kami akan “bcc” kepada email emas mahsuri. Ini penting supaya mudah untuk kami hubungi pemilik untuk claim emas itu.

Tips 3 – Berjumpa Di Tempat Public
Buat temujanji di mana-mana tempat terbuka dan jangan sesekali buat temujanji di tempat yang tak ramai orang ataupun tersorok. Pihak kami paling suka berjumpa di bank sebab (1) ada CCTV, dan (2) boleh transfer duit melalui ATM sahaja, minimumkan bawa duit cash. Kalau tak dapat jumpa di bank, jumpa di stesen minyak.

Tips 4 – Cek Keadaan Emas
Pastikan tiada kesan calar, kemek, bengkok, ada sijil atau resit (kalau emas tu perlukan resit & sijil). Kalau emas Lady Fortuna, KFH, dan emas lain yang condition asalnya berseal, pastikan sealnya masih belum dibuka. Kalau sudah dibuka, lupakan emas tu sebab susut nilainya akan tinggi, melainkan dapat diskaun 25%!

Nasihat kami, kalau anda first time beli emas, baik jangan beli melalui facebook sebab anda tak pernah tengok macam mana keadaan, bentuk dan saiz emas yang tulen. Silap hari bulan, orang bagi emas palsu pun anda tidak tahu.

Tips 5 – Semak Harga Semasa
Pastikan harga tu bebaloi dibeli berbanding harga semasa, tapi kalau harga terlalu rendah, hati-hati! Mungkin itu penipuan ataupun condition emas itu sudah tidak elok. Kami pernah untuk membeli emas harga yang sangat murah, tetapi bila berjumpa dengan pemilik tersebut, saya tengok condition emas itu tidak elok. Dah calar, ada kesan gigit, dan berat pun dah kurang 0.03 gram! Maka, pihak kami membatalkan pembelian tersebut. Nasib baik kami menggunakan kaedah COD, jika bayar dahulu baru pihak penjual POS macam mana?

penipuan jual beli emas di facebook

Antara kes penipuan yang didedahkan di facebook.

Untuk Selamat, Cari Authorised Dealer
Untuk lebih selamat, kami syorkan beli dari authorised dealer. Walaupun harga yang anda beli adalah pada harga semasa pasaran, tetapi yang paling penting anda dapat banyak manfaat sampingan, antaranya:

Bimbingan percuma.
Update terkini tentang pelaburan emas.
Condition emas pasti OK.
Risiko penipuan sangat rendah, terutama dealer itu memang aktif, ada facebook sendiri, ada blog ataupun website yang aktif dsb. Pendek kata, kalau dia nak tipu, dia tidak boleh lari dan banyak lagi yang tak ternilai harganya.
Ada satu tips penting kalau beli dari Authorised Dealer, iaitu jangan mintak diskaun sebab komisyen dealer ni sangat kecik. Sekitar 1% – 2% jer. Kos mereka ambik emas, hantar emas, bil telefon untuk consult anda, masa mereka ruangkan untuk bantu anda, risiko bawa emas, mungkin tak berapa berbaloi dengan komisyen yang mereka terima. Anda kira sendirilah berapa mereka dapat kalau komisyennya cuma 1%?

Sebab itu ramai dealer tak layan kalau orang nak beli setakat 1, 2 dinar sebab memang tak berbaloi. Walaupun macam tu, kami tetap akan layan walaupun 1 dinar sebab kami fikir, kepuasan kami ialah MEMBANTU dan mempermudahkan hidup orang lain. Rezeki kami itu Tuhan dah jamin. Moga dengan layan belian kecil-kecil ini, Allah gandakan rezeki dan permudahkan urusniaga Emas Mahsuri.