5 Rahsia Pelabur Emas Sentiasa Tersenyum

Post image for 5 Rahsia Pelabur Emas Yang Sentiasa Senyum

“Alamak!!!… Dah lock harga (place order) tadi, tapi harga turun lagi…. Nak buat macam mana ni???”

Antara reaksi biasanya orang yang baru PERTAMA KALI MEMBELI EMAS. Hakikatnya, kita tidak boleh menjangkakan harga emas akan sentiasa naik sahaja selepas membeli dan tidak akan turun lagi selepas itu. Secara amnya, kenaikan dan penurunan harga emas itu adalah normal. Jika harga naik tetapi tidak turun-turun, itu adalah tidak normal, begitulah sebaliknya. Ia hanyalah persoalan masa. Ada masa harga emas naik dan ada masa harga emas turun. Ada masa sehingga mencapai 35% setahun, dan ada juga sekadar naik 7% dan ada juga turun sebanyak 27% setahun. Tetapi bagi individu yang menyimpan emas sebagai Perlindungan Kekayaan, kenaikan dan penurunan harga bukanlah menjadi satu masalah bagi mereka.

Konsep paling mudah ialah jika ada duit lebih, kita beli emas. Apabila harga naik, kita mampu tersenyum kerana nilai kekayaan semakin meningkat. Jika harga turun sekalipun, kita masih tersenyum kerana ini peluang untuk membeli lagi emas pada harga rendah. Dalam apa jua keadaan, jadilah pelabur emas yang sentiasa tersenyum. Untuk menjadi pelabur yang sentiasa senyum, kami kongsikan 5 rahsianya:

1 – Asingkan Duit Kecemasan, Simpan Emas Jangka Panjang

Sebelum membeli emas, asingkan dahulu duit simpanan kecemasan. Sebaiknya simpan 3 bulan pendapatan untuk digunakan ketika berlaku kecemasan. Emas dibeli dengan duit lebihan untuk simpanan jangka panjang sahaja. Emas hanya dibeli jika duit itu tidak digunakan untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun.

2 – Beli Emas Dengan Duit Lebihan, Bukan Pinjaman

Emas dibeli dengan duit lebihan, bukan dengan duit pinjaman. Tidak kiralah samada duit pinjaman bank ataupun duit keluarga. Emas boleh dibeli menggunakan duit hasil perniagaan sendiri, duit simpanan gaji bulanan dan duit bonus tahunan. Pastikan tidak membuat pinjaman bagi membeli emas kerana matlamat kita, “(duit banyak seiring jiwa yang tenang (plenty of money, peace of mind)”.

“Pelaburan” pada hakikatnya ialah untuk orang yang mempunyai duit lebih. Jika tiada duit lebih, lebih baik berniaga berbanding melabur. Daripada duit itu dimakan inflasi, lebih baik membeli emas yang kalis inflasi. Membeli emas dengan duit pinjaman sememangnya tidak digalakkan KECUALI hanya itulah cara untuk  mendisiplinkan diri untuk menyimpan. Kebanyakan orang memang tidak boleh memegang duit, dan tidak boleh menyimpan secara berdisplin. Jika ada duit, pasti cepat habis. Daripada duit habis tanpa tujuan, mungkin dengan membuat pinjaman (bank) dan membeli emas dapat membantu menyimpan duit secara berdisiplin setiap bulan.

3 – Beli Untuk “Perlindugan Kekayaan (Wealth Protection)”, Bukan Spekulasi

Membeli emas untuk pelindung kekayaan (wealth protection) adalah untuk melindungi duit dari ‘dicuri’ (dibelanjakan) diri sendiri, inflasi, dan paling menakutkan, lindungi dari keruntuhan sistem matawang! Emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia daripada sebarang keadaan ekonomi sepanjang zaman. Duit kertas yang kita simpan sangat berisiko. Tengoklah ketika Ringgit Malaysia merudum tahun 1997 oleh ‘penyangak’ matawang bernama George Soros. Duit Malaysia jatuh mendadak daripada RM2.50 untuk USD1, kepada RM3.80 untuk USD1. Bahkan pernah jatuh sehingga RM4.70 untuk USD1 pada 7 Januari 1998. Nilai duit kertas jatuh 52% hanya dalam tempoh yang singkat. Jika sebelum gawat kita membeli barang import RM25,000, selepas gawat, sebanyak RM38,000 terpaksa dibayar untuk barang yang sama disebabkan kejatuhan nilai matawang ringgit. Jadi, RM13,000 (52%) terpaksa ditambah bagi membeli barang yang sama.

Dan tengoklah apa berlaku kepada negara-negara yang huru-hara, peperangan, dan hilang kestabilan ekonomi. Apa berlaku kepada duit kertas pada zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dahulu. Siapa sanggup menerima DUIT KERTAS yang dipanggil “duit pisang” selepas kekalahan Jepun? Ia cuma kertas yang hanya layak dijadikan “wallpaper” kata Sheikh Imran Hosein. Mungkin datuk dan nenek kita faham benar situasi ini. Dan siapa jamin negara kita akan sentiasa stabil sepanjang masa? Kalau ia berlaku, segala kekayaan yang kita usahakan akan kembali kepada “kosong”! (Youtube: Risiko Tak Menyimpan Emas – Sheikh Imran Hosein)

pelaburan-emas-public-gold.jpg

Untuk pelindungan kekayaan, matlamat kita adalah memperbanyakkan keping (gram) emas yang ada. Bukan sekadar “beli harga rendah, jual harga tinggi (buy low, sell high)”. Jika tahun ini ada 50 keping dinar, tahun depan kita akan tambahkan jadi 60 keping. Itulah cara kebanyakan orang yang berjaya.

4 – Pantau Harga Bila Perlu Sahaja

Anda tidak perlu pantau harga emas setiap hari, apatah lagi sejam sekali! Jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Pantauan harga emas memang boleh mengganggu emosi, dan sungguh memenatkan. Sebaiknya, selepas membeli, tidak perlu tengok harga. Harga emas hanya perlu dipantau ketika hendak dijual dan dibeli. Perbandingan harga hanya perlu dilihat setahun dari tarikh emas dibeli dan bukanlah setiap hari.

5 – Melabur Sambil Berniaga Emas

Bagi sesiapa yang membeli emas Public Gold RM30,000 dalam satu resit, anda layak menjadi pengedar(dealer) secara automatik. Kami menjadi “dealer” disebabkan membeli emas, bukan membeli emas untuk  menjadi “dealer” (untuk berniaga emas). Tetapi alang-alang menjadi pengedar, kami bertanggungjawab untuk pandaikan orang ramai tentang emas melalui BLOG dan FACEBOOK. Bila diperhatikan, ramai orang membuat kesilapan yang tak sepatutnya dalam pelaburan emas kerana(1) melabur tanpa ilmu, ataupun (2) ‘termakan’ kata-kata penjual emas yang tidak bertanggungjawab. Sebagai orang yang Allah bagi ilmu tentang emas, seharusnya perlu membantu orang ramai melabur dalam emas dengan cara yang tepat, selamat dan menguntungkan.

pelaburan-emas-public-gold-mohdzulkifli1.jpg

Bisnes emas ini boleh dibuat secara sambilan sahaja. Kebanyakan orang membuka facebook untuk melihat status (wall post) orang lain, adalah lebih baik jika kita menggunakan facebook untuk berkongsi tips-tips mudah tentang emas. Orang lain mengisi masa dengan menonton televisyen, kita tukarkan masa menonton untuk terus belajar dan berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan. Tetapi apabila orang lain risau turun naik harga emas, kita sentiasa tersenyum sepanjang masa. Apabila harga emas naik, kita senyum kerana kekayaan meningkat. Apabila harga emas turun, kita senyum kerana komisyen melambung hasil membantu orang lain membeli emas pada harga rendah. Dan sebaiknya, gunakan duit komisyen ini untuk membeli emas lagi. Apapun keadaan harga emas, menyimpan sambil berniaga emas sentiasa berada pada posisi “senyum dan gembira”.

Itulah lima (5) rahsia untuk jadi pelabur emas yang sentiasa senyum dan gembira. Jika masih risau lagi turun naik harga emas, mungkin anda boleh semak semula 5 panduan ini. Mudah-mudahan kita semua menjadi pelabur emas yang sentiasa senyum.

(Kredit foto : dreamstime)