4 Pertimbangan Pilih Item Terbaik Pelaburan Emas

Post image for 4 Pertimbangan Pilih Item Terbaik Pelaburan Emas

 “Item mana terbaik untuk dibeli? Gold bar atau dinar yang lebih baik? Emas 999 atau emas 916? Ok ke kalau beli barang kemas?” Ini antara persoalan penting bila nak beli emas. Kalau silap pilih item, anda mungkin akan rugi on-the-spot!  Jadi, sebelum beli, tentukan dulu berapa BAJET anda. Lepas tu pertimbangkan 4 perkara:

1. Spread (Susut Nilai)
2. Kecairan Emas
3. Kemudahan Pajakan – untuk pemilik bisnes
4. Permintaan Paling Laris – untuk peniaga emas

 

Pertimbangan #1 : Susut Nilai

Rata-rata, orang beli emas untuk simpanan jangka panjang dan nak dapat keuntungan. Jadi kalau matlamat anda adalah keuntungan, anda mesti beli item yang spread (susut nilai) paling rendahSpread akan menentukan berapa cepat dapat untung, dan berapa banyak keuntungan anda dapat bila jual emas tu nanti. Lagi rendah spread, lagi cepat untung.

Di sini kami senaraikan emas Public Gold mengikut spread. Dan cuba matchkan dengan bajet anda:

Bajet Besar

  • Gold bar 250g – 4.5% (terbaik)
  • Gold bar 500g – 4.5%

Bajet Sederhana

  • Coin 10 Dinar – 5.0% (terbaik)
  • Gold bar 100g – 5.0%

Bajet Kecil

  • Coin 5 Dinar – 5.5% (terbaik)
  • Gold bar 50g – 5.5%
  • Coin 1 Dinar – 6.0%
  • Coin 2 Dinar – 6.0%
  • Gold bar 20g – 6.0%

(Tak Disyorkan)

  • Gold bar 10g – 8.0%
  • Barang Kemas Pelaburan i-Series – 10%
  • Barang Kemas Perhiasan D-series – 15%

dinar-jongkong-emas-public-gold-terbaik.png

Item paling cepat untung, sesuai untuk mereka yang beli emas untuk simpanan semata-mata.

Untuk mereka yang beli emas untuk simpanan semata-mata (bukan sambil berniaga emas), ini kombinasi item terbaik yang boleh anda pertimbangkan supaya dapat keuntungan paling cepat dan paling banyak, mengikut bajet masing-masing:

Bajet RM100,000++

  • Gold Bar 250g
  • Coin 10 Dinar

Bajet RM20,000++

  • Gold bar 100g
  • Coin 10 Dinar
  • Coin 5 Dinar

Bajet RM10,000+/-

  • Coin 10 Dinar
  • Coin 5 Dinar

Bajet RM5,000 & ke bawah

  • Coin 5 Dinar
  • Coin 1 Dinar

Harga semasa emas Public Gold, anda boleh cek di website www.publicgold.com.my.

Pertimbangan #2 : Kecairan Emas

Lepas matchkan item mengikut “Susut Nilai” dan “Bajet” anda, kena pertimbangkan juga “Kecairan” emas tu. In case nak pakai duit nanti, boleh jual sikit-sikit. Tak perlu jual seketul. Contohnya, kalau anda beli coin 10 dinar x 1 keping, bila nak pakai duit nanti, anda terpaksa jual seketul coin 10 dinar yang nilainya RM5,000 lebih walaupun cuma nak pakai RM1,000 saja.  Tapi kalau beli coin 1 dinar x 10 keping, anda cuma perlu jual 2 keping coin 1 dinar saja bila nak pakai duit RM1,000.

10-dinar-public-gold.png

2 pilihan samada 1 dinar x 10 keping, atau 10 dinar x 1 keping.

Bila ada 2 pilihan item emas yang sama dari sudut spreadnya, ramai lebih suka item yang lebih kecil saiznya (lebih tinggi kecairan) supaya mudah dijual sikit-sikit nanti.  Contohnya:

  • Gold bar 500g (4.5%) & 250g (4.5%) – saya pilih 250g
  • Gold bar 100g (5.0%) & coin 10 Dinar (5.0%) – saya pilih 10 Dinar
  • Gold bar 50g (5.5%) & coin 5 Dinar (5.5%) – saya pilih 5 Dinar
  • Gold bar 20g (6.0%), 2 Dinar (6.0%) & 1 Dinar (6.0%) – saya pilih 1 Dinar

gold-bar-jongkong-emas-dinar-public-gold-02.png

Antara dua 2 item di atas, ramai akan pilih coin 10 dinar sebab kecairan lebih tinggi.

Pertimbangan #3 : Kemudahan Pajakan (Untuk Pemilik Bisnes)

Untuk sesiapa yang berniaga, anda mungkin nak beli emas untuk simpanan sekaligus sebagai modal pusingan perniagaan. Bila nak pakai duit untuk rolling bisnes, anda boleh dapatkan pinjaman segera dengan pajak emas tu pada bila-bila masa di ar-rahnu dengan mudah.

Sejak pertengahan tahun 2011, hampir kesemua ar-rahnu di bawah pengurusan bank (seperti Bank Rakyat & Agrobank) tak terima lagi gold bar, gold coin ataupun dinar sebab isu “cash flow” bank. Mereka cuma terima barang kemas sahaja. (Walaupun begitu, Ar-rahnu di bawah pengurusan koperasi & swasta masih lagi terima gold bar, gold coin & dinar)

Jadi kalau nak mudah pajak, kami syorkan anda beli barang kemas i-series Public Gold yang memang dikeluarkan khas untuk pelaburan yang memudahkan pajakan, tapi masih berbaloi sebab spreadnya cuma 10% berbanding barang kemas perhiasan biasa sekitar 25%. Bila nak rolling duit, anda boleh pajak saja emas tu di mana-mana ar-rahnu tanpa sebarang masalah, insyaAllah.

barang-kemas-i-series-public-gold.jpg

Barang kemas pelaburan i-series mudah dipajak, dan susut nilai cuma 10%.

Pertimbangan #4 : Permintaan Paling Laris (Untuk Peniaga Emas)

Kalau beli emas Public Gold bernilai RM20,000 ke atas, anda secara automatik jadi dealer. Kalau plan nak simpan emas sambil berniaga emas,  kena pilih item yang paling laris permintaannya. Kalau ada orang nak beli, terus tolak stok yang ada di tangan (dan replace stok dengan Public Gold).

Kalau orang nak beli coin 1 dinar, tak perlulah terkejar-kejar ke ofis Public Gold semata-mata nak ambil coin 1 Dinar yang komisyennya lebih kurang RM6 – RM12 saja. Lebih baik place order dengan Public Gold, dan bagi stok di tangan dulu kepada pembeli. Nanti ada masa baru pergi collect emas tu di office Pulic Gold.

Sepanjang kami jadi dealer emas Public Gold, kami nampak permintaan paling tinggi ialah coin dinar berbanding gold bar – sebab susut nilai lebih rendah – untung lebih cepat & lebih banyak. Dan dinar yang paling tinggi permintaannya ialah coin 1 dinar – sebab senang dibeli sikit-sikit.

Dealer Perlu Mempelbagaikan Stok

Sebagai dealer, anda dibayar komisyen 1% – 2% atas belian sendiri, jualan kepada customer, atau perkenalkan customer baru kepada Public Gold. Jadi, dealer perlu pelbagaikan stok. Pengalaman saya, antara stok yang berpermintaan tinggi dan perlu stand-by stok ialah:

  • Coin 1 Dinar – paling tinggi permintaan
  • Coin 2 Dinar
  • Coin 10 Dirham (silver)
  • Gold Bar 20g
  • Coin 5 Dinar

Item-paling-laris-emas-dan-silver-public-gold.png

Berapa banyak stok tu bergantung kepada bisnes masing-masing. Kami stand-by stok at least 1 dinar (15 keping), 2 dinar (2 keping), 10 dirham (4 keping), Gold bar 20g (1 keping) dan 5 dinar (1 keping). Stok ni sebenarnya untuk ‘cater’ pembelian dari kawan-kawan terdekat dan pelabur kecil yang dekat dengan kami saja. Kalau pelabur modal sederhana dan besar, atau yang duduk jauh, stok dia akan ambil direct di pejabat Public Gold.

Itulah 4 pertimbangan penting untuk pilih item pelaburan emas terbaik. Dengan 4 pertimbangan ni, kami yakin anda boleh pilih sendiri item terbaik sesuai dengan matlamat anda membeli emas. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Artikel berkaitan:

(Kredit foto : emas8kilojutawanemas)