4 Kerugian Membeli Barang Kemas

Post image for 4 Kerugian Membeli Barang Kemas

Kesian… Nak melabur dalam emas tapi terbeli barang kemas. Bukan sikit, 150 gram pulak tu! Harga yang mak cik tu beli sekitar RM192 segram, sedangkan harga emas 916 keluaran Public Gold pada masa tu (25 Oktober 2018) cuma RM170segram. Mak cik tu habiskan RM28,800 untuk beli barang kemas perhiasan, sedangkan kalau dia beli dengan Public Gold, dia dapat jimat RM3,300 (RM28,800 – RM25,500)! Bukan sahaja rugi RM3,300, dia rugi susut nilai barang kemas sekitar 25%! Itulah kes seorang mak cik. Memang selalu kami jumpa orang terbeli barang kemas sebab excited untuk melabur.

Macam mana boleh terbeli barang kemas mak cik? Katanya, ada PENJUAL emas approach dia untuk beli barang kemas, dan katanya lagi, harga emas sentiasa naik. Jadi, lebih baik simpan emas daripada simpan duit.

Tanpa belajar ilmu tentang pelaburan emas, mak cik tu terus beli dengan tujuan untuk PELABURAN, bukan untuk perhiasan. Tapi bila dah jadi macam ni, memang tak boleh buat apa-apa. Simpan saja lah emas tu… Orang lain mungkin akan tersenyum (untung) lepas setahun menyimpan emas, tapi mak cik mungkin kena tunggu beberapa tahun baru boleh tersenyum…

Beli Dari “Consultant”, Bukan Salesman

Memang selalu kami jumpa kes orang tersilap beli barang kemas untuk pelaburan. Puncanya, dia tak ada ilmu. Punca kedua, dia berjumpa dengan PENJUAL emas, bukan ‘consultant’ pelaburan emas. Matlamat penjual ialah menjual. Mereka ada sales target! Untung rugi pelabur tu no. 2. Dan hampir pasti, penjual tu tak akan dedahkan tentang “susut nilai / spread” yang menjadi faktor paling utama menentukan keuntungan sesuatu emas pelaburan.

Untuk mengelakkan berlaku perkara yang sama, kami nasihatkan sahabat pembaca, “jangan percaya salesman!”. Bila salesman datang, cuba dapatkan sebanyak mungkin informasi dan ambil ‘waktu bertenang’ sebelum membuat belian. Cuba cek maklumat lain dari pihak ketiga untuk pasti apa yang salesman bagi tahu tu adalah betul dan benar.

jongkong-dinar-emas-public-gold.jpg

Emas pelaburan biasanya dikeluarkan dalam bentuk jongkong atau syiling.

4 Kerugian Membeli Emas Perhiasan

Keduanya, fahamkan berbezaan antara emas perhiasan dan emas pelaburan. Barang kemas dikategorikan sebagai emas perhiasan. Matlamatnya ialah cantik, bukannya untungTapi emas pelaburan matlamatnya adalah untung. Kalau nak melabur, kena beli emas pelaburan macam syiling emas, dinar emas, atau jongkong emas sebab ia memang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.

Di sini, kami senaraikan 4 kerugian membeli barang kemas dari perspektif pelaburan:

Kerugian #1 – Harga Lebih Mahal

Harga barang kemas lebih tinggi berbanding emas pelaburan sebab harganya mengikut persatuan pekedai emas i.e. Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia (FGJAM). Pada 16 Oktober 2012 lepas, saya harga di Kedai Emas Wah Chan Wangsa Maju, emas 999.9 dijual pada harga RM210 segram sedangkan emas Public Gold sekitar RM185 segram. Kalau anda pergi ke kedai emas, cuba tanya harganya dan bandingkan dengan harga emas Public Gold di www.publicgold.com.my. Pasti anda akan tahu emas pelaburan Public Gold jauh lebih murah.

Kerugian #2 – Susut Nilai Tinggi

Susut nilai barang kemas biasa sekitar 25% sedangkan syiling 1 dinar Public Gold cuma 6%. Maksudnya, kalau harga emas naik 20%, pembeli barang kemas masih rugi 5% sedangkan pembeli syiling 1 dinar boleh tersenyum dengan keuntungan 14% (20% – 6%)! Untuk fahami dengan lebih lanjut tentang “susut nilai” ni, anda boleh rujuk penerangan dalam artikel “Perbandingan Spread (Susut Nilai) Emas di Malaysia“.

Kerugian #3 – Rugi Kos Upah (Workmanship)

Barang kemas ada caj tambahan yang dinamakan “kos upah” atau “workmanship”. Harga upah ni bergantung kepada pekedai emas dan ia boleh dimanipulasikan oleh pekedai emas. Kalau harga emas rendah, pekedai boleh naikkan kos upah untuk top-up keuntungan dia. Walaupun harga emas tengah rendah, anda akan tetap bayarnya dengan harga yang mahal.

Kerugian #4 – Pergerakan Harga Perlahan

Harga barang kemas agak ‘statik’. Biasanya, kalau harga emas dunia naik, harga barang kemas akan terus naik! Tapi kalau harga emas dunia turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa bulan.

Berbeza dengan emas pelaburan macam Public Gold, harga ‘disemak’ setiap 20 minit mengikut “real-time” pergerakan harga emas dunia! Kalau harga emas turun tengah malam, anda boleh borong harga murah dan boleh tersenyum esok paginya kalau harga emas naik balik.

Kalau Nak Beli Barang Kemas, Pastikan…

Itulah 4 kerugian membeli barang kemas dari perspektif pelaburan. Kalau anda nak beli juga barang kemas untuk perhiasan, tapi dalam masa yang sama nak ‘maksimumkan’ keuntungan sambil pakai barang kemas, jangan lupa baca artikel bertajuk “8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi“.

Dan kalau nak beli emas pelaburan, anda kena tahu, tak semua emas pelaburan boleh memberi keuntungan maksimum bahkan ada juga emas pelaburan tak jauh bezanya dengan barang kemas dari perspektif pelaburan. Kami pernah dedahkan isu ni dalam “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan“. Baca artikel tu dulu sebelum melabur.

Wallahu a’lam.

p.s Kelebihan barang kemas ialah lebih mudah dipajak berbanding emas pelaburan (gold bar, gold coin, dinar) sebab semua ar-rahnu yang disediakan oleh pihak BANK tak terima pajakan selain daripada barang kemas sejak Mei 2011. Untuk pembeli emas pelaburan, anda boleh pajakkan emas di ar-rahnu yang disediakan oleh KOPERASI tertentu kalau nak rolling duit untuk aktiviti yang menguntungkan.

Artikel berkaitan: