3 FAKTOR PENTING MEMPENGARUHI HARGA EMAS SEMASA.

Dalam perbincangan sebelum ini telah disebut cara untuk mengetahui harga emas mentah semasa dunia (di pautan ini). Tapi apa pula faktor yang menyebabkan harga emas jatuh mahupun naik? Kami pasti ramai yang masih tidak tahu apakah punca-puncanya. Berikut adalah 3 faktor utama yang menyebabkan kenaikkan mahupun kejatuhan harga emas:

  1. PENGARUH MATAWANG USD TERHADAP EMAS.
  2. PENGARUH MATAWANG RM KE ATAS MATAWANG USD.
  3. PERMINTAAN EMAS DALAM PASARAN.

PENGARUH MATAWANG USD TERHADAP EMAS. 
USD memainkan peranan penting terhadap harga emas dimana semakin tinggi nilai USD berbanding matawang lain, maka semakin rendahlah harga emas. Ini kerana USD menjadi wakil kepada semua matawang fiat. Ianya dikatakan sebagai matawang global yang paling stabil dalam dunia yang paling banyak mempunyai rizab dalam bentuk emas. Jika nilai USD semakin tinggi berbanding matawang lain, maka pelabur akan beralih arah kepada matawang USD, lalu menyebabkan permintaan terhadap emas akan menjadi kurang. Apabila permintaan terhadap emas menjadi kurang, maka jatuhlah nilai harga emas.

PENGARUH MATAWANG RM KE ATAS MATAWANG USD.
Pernah tak anda dengar orang berkata “Harga emas tak berubah, cuma nilai matawang yang jatuh”? Ini kerana tukaran matawang RM kepada USD menjadi lebih rendah. Pada tahun 2003, tukaran 1 USD adalah bersamaan RM3.80. Manakala pada tahun ini (pada 26 Julai), tukaran 1 USD adalah bersamaan RM4.06. Harga emas  pada tahun 2003 pula adalah sekitar RM50 per gram manakala kini berharga sekitar RM170 per gram. Dapat kita lihat disini ketika matawang RM masih tinggi pada tahun 2003, harga emas kelihatan lebih murah dan ketika matawang RM jatuh disaat ini, harga emas kelihatan menjadi lebih mahal. Sebenarnya jika ditukarkan dalam matawang USD, nilai emas itu adalah masih sama harganya seiring dengan permintaan terhadap emas.

TUKARAN

PERMINTAAN EMAS DALAM PASARAN
Semakin tinggi permintaan emas dalam pasaran, semakin tinggilah harga emas. Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

  1. Untuk kegunaan industri
  2. Untuk kegunaan pelaburan
  3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
  4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
  5. Lain-lain kegunaan

Permintaan emas akan terus meningkat seiring dengan peningkatan penduduk dunia kerana keinginan setiap individu tersebut untuk memiliki emas sebagai contohnya. Ini akan menyebabkan harga emas semakin mahal sekiranya permintaan emas melebihi pengeluaran emas yang baharu.

Banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi harga emas seperti faktor geopolitik dan penawaran emas, namun inilah 3 faktor yang paling utama yang memberi kesan terhadap harga emas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s