KENALI DIRHAM.

Sejarah penggunaan perak sebagai alat pertukaran telah berkembang jauh sebelum fasa kegemilangan Islam lagi. Para peneliti sejarah menemukan fakta bahawa perak sebagai alat tukar sudah mula digunakan sejak zaman Nabi Yusuf AS lagi. Hal ini terbukti di dalam Al-Quran, surah Yusuf ayat ke-20 yang menyebut kata-kata yang mempunyai erti “beberapa keping perak”.

Dirham, dirhem atau “Dirhm” merupakan nama yang berasal dari matawang Yunani iaitu drachma yang bermaksud syiling perak. Pada zaman Saiyidina Umar RA, beliau telah menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar (iaitu syiling emas) mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat emas seberat 4.25 gram manakala satu dirham ialah seberat 2.975 gram.

Penggunaan matawang dirham ini sebagai matawang rasmi mulai tersebar sejak kegemilangan tamadun Islam pada zaman khalifah namun ketika dunia dilanda era kolonialisme Barat, penggunaan dirham ini mula digantikan dengan wang kertas.

Silver_Dirham.png
Dirham perak zaman akhir Khalifah Umayyah, dicetak di Balkh pada tahun Hijrah 111 ( 729/730 Masihi).

Jika dibandingkan nilai perak dan wang kertas, nilai perak itu kekal dari dahulu hingga sekarang, tidak seperti wang kertas yang sering dikaitkan dengan inflasi. Seandainya wang kertas itu tidak lagi diiktiraf sebagai bernilai, maka wang kertas itu tinggal sebagai kertas semata-mata. Tidak seperti perak yang mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri. Maka dengan itu, adalah penting bagi kita untuk menyimpan harta dalam bentuk emas mahupun perak, agar kita dapat sentiasa maju dan berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain didunia.

photo_2018-07-18_12-04-33.jpg
10 Dirham yang dijual di kedai Emas Mahsuri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s