Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang bathil, dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, (QS. 9:34) pada hari dipanaskan emas perak itu di dalam neraka jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.
– Surah At-Taubah ayat 34-35
Zakat emas wajib dibayar sekiranya cukup tempoh haulnya (setahun) dan melebihi uruf atau nisab yang telah ditetapkan pihak berkuasa setiap negeri di Malaysia. Kadar zakat emas ialah 2.5% dan nisab 85 gram (emas simpan) adalah tetap di semua negeri tetapi uruf (emas pakai) adalah berbeza-beza syarat dan cara pengiraan bagi setiap negeri.
Mengikut kebiasaanya zakat dibayar oleh umat islam pada bulan Ramadhan setiap tahun untuk mendapatkan lebih ganjaran dan memudahkan mereka mengira tempoh masa setahun mengikut kalendar Islam.
ZAKAT EMAS SIMPAN
Emas yang disimpan seberat 85 gram dan telah mencukupi satu tahun, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % daripada nilai semasa emas tersebut (termasuk juga emas yang rosak /patah)
Andaikan harga semasa 1 gram adalah RM 104.82.
Sekiranya emas tersimpan adalah seberat 90 gram,
90 gram emas x RM 104.82
= RM 9433.80
Zakatnya adalah
= RM 9433.80 X 2.5%
= RM 235.85
ZAKAT EMAS PAKAI
Emas yang dipakai tidak diwajibkan zakat kecuali jika melebihi uruf. Berikut adalah uruf bagi setiap negeri yang dinyatakan oleh Majlis Agama Negeri masing-masing:
Negeri |
Uruf Emas Pakai (Gram) |
Nisab Emas Simpan (Gram) |
Johor |
850 |
85 |
Kedah |
85 |
85 |
Kelantan |
– |
85 |
Kuala Lumpur |
800 |
85 |
Labuan |
800 |
85 |
Melaka |
180 |
85 |
Negeri Sembilan |
200 |
85 |
500 |
85 |
|
Perak |
500 |
85 |
Perlis |
85 |
85 |
Pulau Pinang |
165 |
85 |
Putrajaya |
800 |
85 |
Sabah |
152 |
85 |
Sarawak |
775 |
85 |
Selangor |
800 |
85 |
Terengganu |
850 |
85 |
Emas yang dipakai yang melebihi uruf dikenakan zakat sebanyak 2.5 % dari berat yang melebihi uruf sahaja.
Andaikan harga semasa 1 gram adalah RM 104.82.
Sekiranya emas pakai adalah seberat 105 gram, dan uruf bagi negeri kedah adalah 85 gram, maka emas yang melebihi uruf adalah sebanyak 20 gram.
20 gram emas x RM 104.82
= RM 2096.40
Zakatnya adalah
= RM 2096.40 X 2.5%
= RM 52.41
📌 Sebarang persoalan bolehlah merujuk kepada Majlis Agama Negeri anda.