JONGKONG/WAFER EMAS CASTED DAN MINTED

Jongkong/wafer emas mempunyai 2 jenis iaitu CASTED dan MINTED. 

“Apa benda casted/minted ni?”

Jom kita belajar serba sedikit…

Gambar disebelah kiri merupakan jongkong/wafer casted manakala disebelah kanan ialah minted. Dari segi rupanya, mungkin anda sudah dapat bezakan apa itu casted dan minted bukan? Tapi bukan sekadar rupa sahaja, banyak lagi perbezaan lain antara dua jenis jongkong/wafer emas ini.

👑 CASTED

✅ Bentuk kurang cantik dan kurang menarik
✅ Kos pembuatannya lebih rendah
✅ Proses pembuatannya lebih mudah

➟ emas dileburkan
➟ dituang kedalam acuan
➟ dicop dengan nombor siri (proses inilah yang dipanggil proses casting)
➟ selesai

👑 MINTED

✅ Bentuk lebih cantik dan kemas
✅ Kos pembuatannya lebih mahal
✅ Proses pembuatannya lebih sukar

➟ emas dileburkan
➟ dibuat dalam bentuk kepingan yang panjang
➟ kepingan panjang itu dipotong kepada kepingan-kepingan kecil bergantung kepada saiz jongkong yang ingin dihasilkan
➟ corak diukir diatas kepingan kecil tersebut dengan menggunakan mesin ukiran berketepatan 0.001 mm (proses inilah yang dipanggil proses minting)
➟ selesai

✅ Biasanya dibungkus didalam kad plastik
✅ Semakin kecil jongkong tersebut, semakin mahal kos pembuatannya

Yang mana satu pilihan hati anda? Komen dibawah ya…

Ditulis oleh: Nur Fatin Awanis (Admin #PEM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s