CARA-CARA MENGUJI KETULENAN EMAS

Terdapat 4 cara yang biasa di gunakan untuk menilai ketulenan emas yang biasa di gunakan di Malaysia. Cara-cara tersebut ialah:

  1. Energy-dispersive X-ray spectroscopy
  2. Densimeter
  3. Ujian asid
  4. Ujian fizikal

1. Energy-dispersive X-ray Spectroscopy
✅ Paling tepat tetapi agak mahal.

2. Densimeter
✅ Densimeter ialah mesin yang digunakan untuk menguji ketumpatan emas, ianya bukanlah kaedah terbaik untuk menguji ketulenan dan jenis emas. Fungsi utamanya ialah untuk menguji ketumpatan emas. Biasa kita lihat mesin ini di kedai emas dan di arrahnu. Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai. Kaedah ini hanya dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja. Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yang mengganggu bacaan seperti ukiran, sambungan dan buih-buih yang terperangkap di antara sambungan barang kemas. Kadang-kadang, daki dan kualiti air pun boleh mengganggu bacaan.

Image result for densimeter
Densimeter. (Sumber gambar : Google)

3. Ujian Asid
✅ Ujian ketulenan emas menggunakan asid merupakan salah satu cara yang lebih mudah dan murah. Kit ujian ketulenan emas menggunaan asid ini terdiri dari 3 bahan iaitu :

  • Asid Hidroklorik (HCI) – digunakan untuk menentukan produk itu adalah emas atau sebaliknya.
  • Natrium Hidroksida (NaOH) – digunakan untuk menentukan kualiti emas.
  • Batu menguji emas atau di kenali sebagai batu hitam.

Kaedah ini sangat sesuai untuk menentukan kualiti emas dalam bentuk barang kemas. Permukaan batu yang digosok barang kemas digosok padanya akan meninggalkan kesan kuning, dan seterusnya diuji menggunakan kedua-dua asid. Perlu diingat setiap jenis emas akan memberikan kesan warna kuning yang berlainan pada batu hitam. Secara umumnya, semakin tinggi kualiti sesuatu emas, warna kuningnya akan semakin terang. Warna kuning pada emas yang kurang mutunya juga mudah luntur apabila dikenakan ujian asid berbanding emas yang berkualiti.

photo_2018-03-11_14-24-26.jpg
Asid dan batu menguji emas.

4. Ujian Fizikal
✅ Tidak berapa tepat. Diantara ujian fizikal menguji ketulenan emas yang boleh di lakukan ialah :

  • Ujian kepanasan : Ujian ini dilakukan dengan membakar barang kemas tersebut sehigga merah. Emas yang tulen tidak akan terjejas manakala emas yang lain akan meninggalkan kesan hitam mengikut kategori masing-masing.
  • Ujian kelembutan : Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lembut dan boleh dibengkokkan jika di bandingkan dengan emas yang lain.
  • Warna dan Berat : Dengan melihat kepada warna dan berat barang emas itu. Lebih kuning dan berat emas tersebut maka lebih banyaklah kandungan emasnya. Untuk mendapatkan perhiasan yang kuat dan warna yang diinginkan, emas asli dicampur dengan logam lain. Logam-logam yang biasa digunakan untuk campuran perhiasan emas adalah Tembaga, Perak, Timah Putih, dan Nikel. Disamping menambahkan kekuatan emas yang berbeza-beza maka campuran logam juga untuk mendapatkan warna yang diinginkan, sehingga dikenal beberapa macam warna perhiasan yang dibuat emas iaitu :

* Emas Merah – Emas murni dicampur Tembaga.
* Emas Kuning – Emas murni dicampur Perak.
* Emas Putih -Emas dicampur dengan Timah atau Nikel

  • Ujian magnet : Emas tulen tidak akan ada tarikan kuasa magnet.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s