KETULENAN DAN GRED EMAS. RAMAI LAGI YANG TAK TAHU RUPANYA…

Dalam dunia ni ada pelbagai jenis gred emas. Pernah dengar orang kata emas Siam lagi elok atau emas Malaysia lagi bagus dari Indonesia? Semuanya bukanlah sebab asal usul emas itu dari negara mana tetapi ialah kerana grednya yang berbeza. Berikut adalah gred-gred emas yang ada:

☀️ EMAS 999
■ Merupakan gred emas yang paling tinggi kerana mempunyai 99.9% kandungan emas.
■ Tidak dicampur dengan bahan lain.
■ Juga dikenali sebagai Emas 10 dan Emas 24 Karat (24K).
■ Kebanyakkan berbentuk jongkong emas (gold bar).
■ Merupakan emas yang paling lembut berbanding emas-emas lain.

☀️ EMAS 950
■ Mempunyai 95.0% kandungan emas.
■ Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya.
■ Juga dikenali sebagai Emas 23 Karat (23K).

☀️ EMAS 916
■ Mempunyai kandungan 91.6% emas.
■ Mempunyai 8.4% campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
■ Juga dikenali sebagai Emas 22 Karat (22K).
■ Amat terkenal dan popular dikalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

☀️ EMAS 835
■ Mempunyai 83.5% kandungan emas.
■ Mempunyai 16.5% campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
■ Juga dikenali sebagai Emas 20 Karat (20K).

☀️ EMAS 750
■ Mempunyai 75% kandungan emas.
■ Mempunyai 25% campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
■ Juga dikenali sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
■ Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutu kandungan emas di dalamnya adalah kurang.
■ Kebanyakkan cincin emas yang berbatu merupakan emas gred 750 kerana gred emas ini lebih kuat untuk mengikat batu tersebut berbanding emas gred 916.

☀️ EMAS 535
■ Mempunyai 53.5% kandungan emas.
■ Mempunyai 46.5% campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
■ Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutu kandungan emas di dalamnya adalah kurang.

☀️ EMAS 375
■ Mempunyai 37.5% kandungan emas.
■ Mempunyai 62.5% campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
■ Juga dikenali sebagai Emas Suasa.
■ Popular dengan pembuatan cincin Suasa untuk lelaki.

Jadi serba sedikit anda sudah tahu tentang ketulenan dan gred emas. Selepas ini kalau nak beli apa-apa emas, bandingkan dulu ya harga dan gred emas tersebut sebab dikhuatiri emas yang disangka murah itu merupakan emas yang bergred rendah.

Ditulis oleh: Nur Fatin Awanis (Admin #PEM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s