3 JENIS EMAS 999 YANG ADA DIDUNIA.

“Apa emas 999 ni?”
“Apa beza emas 999, 99.99 dengan emas 999.9?”

Emas 999 merupakan emas yang paling tinggi kandungan emasnya dimana 99.9% bahannya adalah emas. Ia juga dikenali sebagai emas 24K atau 24 Karat. Untuk pengetahuan anda, emas yang biasa digunakan untuk penghasilan barang kemas di Malaysia ini merupakan emas 916 atau emas 22K (22 Karat) yang mempunyai 91.6% kandungan emas (dimana kandungan emasnya lebih rendah berbanding emas 999) dan peratusan selebihnya adalah campuran bahan lain yang dapat menjadikan barang kemas tersebut lebih kuat berbanding emas 999. Tidak seperti emas 916 yang hanya ada satu jenis sahaja, emas 999 terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  1. Emas 999
  2. Emas 99.99
  3. Emas 999.9

Sekarang menjadi tanda tanya pula apa bezanya antara ketiga-tiga jenis emas ini? Nampak macam sama sahaja kan? Hakikat sebenarnya ialah masing-masing mempunyai makna yang tersendiri.

✎ EMAS 999

Biasanya emas 999 ini digunakan untuk penghasilan barang kemas seperti rantai jenis gajah. Ada juga jongkong atau dinar emas yang bergred 999. Dengan peratusan 99.9% kandungan emas, barang kemas dari gred ini adalah lebih lembut berbanding barang kemas dari gred 916. Barang kemas 999 kebiasaannya dimiliki untuk tujuan pelaburan/simpanan kerana nilainya yang lebih tinggi dan juga kerana fizikalnya yang lebih lembut yang menjadikan ia mudah patah/rosak.

photo_2018-02-20_18-04-55
Contoh Emas 999

✎ EMAS 99.99

Emas 99.99 mempunyai 99.99% kandungan emas yang juga dikenali sebagai “Pure gold“. Ia merupakan emas yang diproses dari sumber emas mentah dari lombong. Dari segi harga, emas 99.99 mempunyai nilai yang lebih mahal dari emas 999. Emas ini dikatakan emas paling mahal kerana sumbernya asli diambil dari lombong emas.

photo_2018-02-20_18-04-52
Contoh Emas 99.99

✎ EMAS 999.9

Sama seperti emas 99.99, emas 999.9 juga mempunyai 99.99% kandungan emas. Ia dikenali sebagai “Fine gold” iaitu emas yang diproses dari sumber kitar semula emas-emas yang sedia ada dalam industri. Emas 999.9 juga mempunyai nilai yang lebih mahal dari emas 999. Jika dibandingkan pula dengan emas 99.99, nilainya sama sahaja kerana peratusan kandungan emasnya adalah sama.

photo_2018-02-20_18-04-57
Contoh Emas 999.9

Anda ada memiliki emas 999 ni tak? Kalau ada, cuba bagitahu kami yang mana satu anda miliki?

Ditulis oleh: Nur Fatin Awanis (Admin #PEM)

2 thoughts on “3 JENIS EMAS 999 YANG ADA DIDUNIA.”

  1. Assalamualaikum, puan,jika saya hendak beli emas 999.9 atau 999 di mana saya boleh beli di semenanjung dan berapa harga emas 999 sebenarnya.(cawangan)

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s