3 JENIS REKA BENTUK EMAS YANG HARUS DIKETAHUI.

“Eh, berat barang kemas ni sama tapi saiz jauhnya berbeza?”
“Yang ni nampak saja besar tapi ringan je ye?”

Pasti ada yang pelik bila ada barang yang kelihatan kecil tapi berat dan mahal manakala yang kelihatan besar itu lebih murah dan ringan kan? Sebenarnya jenis reka bentuk emas yang mempengaruhi saiz dan beratnya. Berikut adalah 3 jenis reka bentuk emas yang ada:

  1. Emas padu.
  2. Emas kosong.
  3. Emas stamping.

♣ EMAS PADU
Emas jenis ini adalah mampat dan didalamnya padat dengan emas. Walaupun kelihatan kecil, ianya mempunyai berat yang lebih dan merupakan emas yang sangat tahan lama dan tidak mudah kemek atau rosak. Rantai jenis mesin dan belut biasanya merupakan emas padu.

photo_2018-02-19_13-41-24
Contoh Emas padu.

♣ EMAS KOSONG
Emas jenis ini merupakan emas yang kosong didalamnya yang juga dikenali sebagai emas hollow. Biasanya ia kelihatan besar namun beratnya lebih ringan dan berbunyi-bunyi apabila digoncangkan. Emas kosong merupakan emas yang mudah kemek apabila diketuk. Biasanya rantai jenis gajah dan lipan dibuat menggunakan reka bentuk ini.

photo_2018-02-19_13-41-27
Contoh Emas kosong. (Lebih lebar berbanding contoh emas padu tadi namun lebih ringan.)

♣ EMAS STAMPING
Emas jenis ini kelihatan besar dan lebar namun kosong dibahagian belakangnya. Sama seperti emas kosong, emas stamping juga lebih ringan walaupun kelihatan besar. Rantai jenis vitara merupakan contoh emas stamping.

photo_2018-02-19_13-41-22
Contoh Emas stamping.

Jadi yang manakah pilihan anda? Yang padu, hollow atau stamping? Komen di bawah ya… 😊

Ditulis oleh: Nur Fatin Awanis (Admin #PEM)

6 thoughts on “3 JENIS REKA BENTUK EMAS YANG HARUS DIKETAHUI.”

    1. maaf lambat respon… selalunya kalau lipan yang lebar tapi berat dia ringan ni memang tak tahan sis.. sebab emas tu jenis kosong didalam (hollow).. mudah kemek dan jadi berlubang… tak sesuai dipakai buat basahan..

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s