2 JENIS EMAS BERWARNA PUTIH YANG RAMAI TIDAK TAHU. PEMINAT DAN PENIAGA EMAS WAJIB AMBIL TAHU!

“Taknak lah yang ada putih-putih ni, nanti nak jual tak laku.”
“Oooo… yang ni ada batu permata.”

Ramai pelanggan yang datang ke kedai #EmasMahsuri rata-ratanya keliru dengan jenis emas berwarna putih ini. Ada yang menyangka chrome itu adalah emas putih. Malah ada juga menyangka ianya batu permata. Walhal tanggapan mereka itu salah sama sekali. Disini saya terpanggil untuk memperbetulkan tanggapan yang sebegini supaya para pelanggan menjadi lebih celik dan tidak mudah tertipu dengan ketidakjujuran peniaga yang hanya ingin mengambil kesempatan terhadap anda!

Jom kita kenali kedua-dua jenis emas ini.

1. Emas putih
2. Emas bersalut chrome

👑 EMAS PUTIH
Emas putih merupakan emas yang telah dilunturkan warna kuningnya melalui proses pemutihan atau “bleaching” yang melibatkan reaksi kimia dan juga perubahan struktur atom. Emas putih mempunyai campuran logam Timah dan Nikel untuk kelihatan seperti Platinum. Emas putih lebih murah berbanding Platinum kerana suhu untuk meleburkannya adalah lebih rendah dari suhu untuk meleburkan Platinum. Jangan terpedaya dengan peniaga-peniaga yang mengatakan “Emas putih tidak laku” kerana emas putih hakikatnya masih lagi emas dan berharga. Cuma kebiasaannya emas putih ini mempunyai gred emas yang lebih rendah berbanding gred barang kemas yang dijual di Malaysia. Jadi harganya pun lebih rendah berbanding emas kuning di Malaysia. Cuma mungkin kebanyakkan kedai tidak berani membeli emas putih ni kerana tidak mempunyai alatan yang canggih untuk memastikan ianya ialah emas yang tulen, bukanlah logam perak atau sebagainya. Di kedai #EmasMahsuri, kami menerima sebarang jenis emas termasuk emas putih asalkan ianya tulen.

photo_2018-02-19_12-01-40
Contoh Emas putih.

👑 EMAS SALUT CHROME
Emas bersalut chrome ini kelihatan berwarna putih. Ramai yang menyangka ianya adalah emas putih. Malah ada juga yang menyangka ianya merupakan emas yang berbatu permata. Hakikatnya ialah emas bersalut chrome ini hanya emas kuning yang biasa yang disalutkan cat chrome supaya keserian corak pada emas itu menjadi lebih menyerlah. Warna putih chrome ini lama-kelamaan akan pudar dan menampakkan kembali warna kuning emas yang asli, tidak seperti emas putih yang mana warnanya kekal putih selama-lamanya. Sekiranya warna putih chrome ini telah pudar, anda boleh meminta kedai-kedai emas untuk mengecatnya semula.

photo_2018-02-19_12-01-42
Contoh Emas bersalut chrome.

Jadi anda dah faham kan perbezaan emas putih dan emas bersalut chrome? Selepas ini dah tak mudah la peniaga nak menipu anda hingga menyebabkan anda kerugian beratus atau mungkin ribuan ringgit!

p/s: Sebarkan pada kawan-kawan supaya mereka pun tak tertipu dek peniaga yang tidak jujur.

Ditulis oleh: Nur Fatin Awanis (Admin #PEM)

2 thoughts on “2 JENIS EMAS BERWARNA PUTIH YANG RAMAI TIDAK TAHU. PEMINAT DAN PENIAGA EMAS WAJIB AMBIL TAHU!”

  1. Assalamualaikum wbt.

    1) Betulkah emas kuning dan emas putih tidak boleh dipakai bersebelahan? Sebab orang kata nanti emas putih dari warna kuning jadi emas putih akan berubah
    warna jd kuning.

    2) Saya pakai cincin emas kuning di sebelah emas kuning. Bahagian cincin emas putih saya yg terkena emas kuning berubah sedikit warnanya mjd kekuningan .. Apakah puncanya emas putih sy jd kuning sikit kat tepi? Adakah ia fake atau ia disadur crome atau sbb emas putih tu duduk di sebelah emas kuning?

    Like

    1. Waalaikumussalam cikpuan Sarah

      Perubahan warna emas/silver berlaku bila ada tindak balas dengan bahan kimia lain. Contohnya kalau kita pakai shower cream, lotion dan sebagainya. Dalam produk tu ada bahan kimia yg boleh bertindak balas dengan barang kemas/aksesori yang kita pakai.

      Jadi, perubahan warna emas putih cikpuan Sarah tu mungkin disebabkan oleh tindakbalas tadi, dan bukanlah disebabkan ia dipakai bersebelahan emas kuning.

      Boleh cikpuan tunjukkan gambar untuk kami pastikan sama ada cincin cikpuan tu emas putih atau emas bersalut chrome?

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s