11 KESILAPAN PELABUR EMAS.

Perkongsian ini penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. Berdasarkan pemerhatian ke atas orang ramai yang membuat kesilapan remeh dan sangat merugikan. Ia sepatutnya boleh dielakkan jika mereka mempunyai ilmu.

Jadi untuk mengelakkan kesilapan itu, kami dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman pelabur emas yang sangat merugikan. Mudah-mudahan ianya bermanfaat:

  1. Melabur ikut-ikut tanpa ilmu
  2. Menunggu harga emas paling rendah untuk membuat belian pertama
  3. Membeli barang kemas
  4. Membeli emas pelaburan di kedai emas
  5. Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat
  6. Pinjam duit untuk beli emas
  7. Membeli emas paling ‘paling murah’ tanpa ambil kira faktor lain
  8. Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tidak faham teknik yang betul
  9. Membuka sarung plastik kekal
  10. Menjual emas di tempat yang salah
  11. Menyertai skim pelaburan emas yang dijanjikan pendapatan tetap

1. Melabur Ikut-ikut Tanpa Ilmu

Emas tidak membuatkan kita kaya, tetapi ILMU tentang emas itu yang boleh membuatkan kita kaya. Semakin tinggi ilmu, semakin banyak untung yang akan kita perolehi dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Dengan membaca artikel-artikel tentang emas di blog ini, atau sekurang-kurangnya membaca satu buah buku pelaburan emas yang berkredibiliti sebelum bermula dapat membantu memberi lebih kefahaman tentang pelaburan emas serta dapat membantu dengan cara kita terus dari yang pakar.

buku wang emas

Buku bertajuk Wang Emas ini sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin bermula menyimpan emas. Buku Wang Emas yang diltulis oleh En Mohd Zulkifli Shafie ini adalah berdasarkan pengalaman beliau yang praktikal dengan cara penyampaian yang mudah difahami oleh orang baru. Dapatkan di kedai-kedai buku Popular, MPH atau hubungi kedai Emas Mahsuri ditalian +6 016-217 3494 untuk pembelian secara penghantaran poslaju.

2. Menunggu Harga Emas Paling Rendah Untuk Membuat Belian Pertama

Anda tidak akan faham bilakah harga emas rendah selagi belum membuat belian pertama kerana belum mempunyai penanda aras tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dahulu walaupun hanya wafer emas (gold bar) 1 gram dan selepas itu barulah boleh pautan perkembangan harga. Untuk makluman anda, penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar sekalipun tidak tahu bilakah harga emas paling rendah. Apatah lagi kita orang biasa!

3. Membeli Barang Kemas

Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah untuk perhiasan dengan ciri yang cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan menjana keuntungan. Berikut adalah sebab-sebab mengapa ianya tidak sesuai sebagai pelaburan :

(a) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan

(b) Kos upahnya boleh dimanipulasi oleh peniaga emas

(c)  Susut nilainya (spread) juga tinggi apabila ingin menjual semula, iaitu sekitar 25%.

barang kemas

Barang kemas kurang sesuai untuk tujuan “pelaburan”

4. Membeli Emas Pelaburan Di Kedai Emas

Harga emas yang dijual di kedai emas lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my. Ditambah lagi, mereka letakkan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal (plastik kekal) dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!

syarat jual emas Poh KongSyarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik

5. Beli Emas Dengan Duit Yang Nak Digunakan Dalam Masa Terdekat

Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang (minimum setahun). Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin kerugian atas susut nilai (spread) sekitar 6% – 10% kalau harga emas semasa tidak menaik dengan banyak. Apatah lagi jika harga emas jatuh. Oleh itu, jika ingin nak membeli emas, gunakan duit yang sememangnya tidak pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun. Paling baik, untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 – 3 tahun.

graf pergerakan harga emas 10 tahunHarga emas semasa mengalami naik turun dalam jangka masa pendek. Jika beli emas dengan duit yang ingin digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin akan mengganggu tidur malam yang lena.

6. Pinjam Duit Untuk Beli Emas

Pelaburan emas yang sebenar ialah dengan menggunakan duit lebihan yang tidak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada membiarkan duit itu tidak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik dilaburkan. Jika tidak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Adalah pihak kami tidak mengesyorkan membuat pinjaman untuk membeli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan wang secara konsisten. Mungkin dengan cara membuat pinjaman untuk membeli emas, dapat memaksa diri anda untuk menyimpan.

pelaburan emas dengan pinjamanPelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ naik turun harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa yang membeli dengan duit pinjaman.

7. Membeli Emas ‘paling murah’ Tanpa Ambil Kira Faktor Lain

Emas paling murah, jual semula pun murah. Emas paling murah tidak semestinya adalah yang terbaik untuk pelaburan. Emas yang dilelong di ar-rahnu juga belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar susut nilainya (spreadnya), kadar upahnya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dan sebagainya. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank) bukanlah yang paling murah, tetapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang dibeli dan senang untuk dijual semula.

8. Pajak Emas Tanpa Alasan Kukuh Dan Tidak Faham Teknik Yang Betul

Terbukti, lebih ramai orang yang kerugian berbanding mendapat keuntungan dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja, iaitu :

(a) Ketika harga emas turun dengan banyak secara mendadak

(b) Sekiranya duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal perniagaan. Jadi sebelum memajak emas, faham dahulu ilmu asas tentang pajakan.

9. Membuka Sarung Plastik Kekal

Kebanyakkan emas pelaburan di bank diletakkan dalam bungkusan plastik kekal. Jika ingin membukanya, ia terpaksa dipotong lalu menyebabkan bungkusan plastik itu rosak. Bank yang menjual emas itu tidak menerima untuk beli semula jika bungkusan plastik kekal dibuka (potong atau gunting), calar, kemek dan sebagainya. Jika tidak boleh membuka bungkusan, maksudnya anda tidak boleh memajak kerana ar-rahnu perlu membuka plastik itu untuk ujian ketulenan! Apabila bank tidak terima, anda akan kerugian 25% kerana terpaksa jual emas itu sebagai emas terpakai di kedai emas.

emas kuwait finance house pamp suiseEmas yang dijual di bank biasanya bungkusan begini. Apabila bungkusan dibuka, anda mengalami kerugian sebanyak 25%!

Syiling Kijang Emas keluaran Bank Megara Malaysia, dijual di Maybank.Kijang Emas (Maybank) tidak dibungkus. Tetapi sampul dan resit asal tidak boleh dihilangkan dan emas mestilah dalam keadaan yang baik (tidak kemek, calar, patah dan sebagainya).

Emas public gold kemek calarIni emas keluaran lama Public Gold (tidak seperti Public Bank). Public Gold memberi jaminan boleh membeli semula emas tu samada calar, kemek, atau bengkok dengan harga tinggi.

Ini emas Public Gold yang baharu 2014 yang diiktiraf peringkat antarabangsa (emas LBMA). Jika bungkusan buka, Public Gold masih tetap membeli emas itu dengan susut nilai sekadar 10%. Jika bungkusan masih baik, susut nilainya cuma 9% dan ke bawah.

10. Menjual Emas Ditempat Yang Salah

Emas sememangnya senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa sahaja, tetapi tempat terbaik untuk menjual emas ialah di mana anda membelinya kerana anda akan dapat harga yang tertinggi. Jika membeli emas Public Gold, jual semula kepada Public Gold, bukan di kedai emas atau kepada pengeluar lain. Jika anda jual di kedai emas, anda akan kerugian kerana mereka akan kenakan susut nilai (spread) sekitar 25%, sedangkan anda boleh menjual semua kepada Public Gold dan susut nilai (spread) hanyalah sekitar 6% – 9% sahaja. Itulah peraturan penting apabila ingin menjual semula apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum membeli, fahami dahulu syarat jualan semula dan susut nilai (spread ) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

11. Menyertai Skim Pelaburan Emas yang menjanjikan pendapatan tetap.

Untuk makluman anda, kaedah sebenar pelaburan emas ialah seperti membeli barang kemas shaja. Beli pada harga rendah, jual semula pada harga tinggi. Jika pelaburan itu menjanjikan pendapatan bulanan secara tetap, anda haruslah berhati-hati kerana kebanyakkan PENIPUAN pelaburan emas beroperasi sebegitu sahaja.

Punca Utama 11 Kesilapan

Punca utama kesilapan tersebut berlaku adalah apabila tiada ilmu untuk melabur. Ramai yang jenis melabur sekadar ikut-ikut sahaja. Anda seharusnya sentiasa mengemaskini ilmu tentang pelaburan emas dari semasa ke semasa supaya anda tahu apa perkembangan dalam pasaran. Ingat, semakin tinggi ilmu kita dalam sesuatu pelaburan, semakin besar untung yang kita boleh perolehi.

Untuk tingkatkan ilmu, kami mencadangkan sahabat semua dapatkan buku dan (ebook)  tentang pelaburan emas  iaitu buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (RM80), tulisan pakar emas Encik. Syukor Hashim.

Kami amat menggalakkan anda membaca buku ini kerana ilmunya sangat bermanfaat. Jika harganya RM200 sebuah pun, ia masih bebaloi untuk dimiliki kerana nilai ilmu di dalamnya. Jangan takut untuk melabur demi ilmu.

Memang tidak akan sama orang berilmu dengan orang yang tiada ilmu. Orang berilmu, melakukan perkara yang sama dengan cara yang berbeza.